Assalammualaikum...

Syukur alhamdulliah ....
Kepada semua pembaca yang saya hormati . Jutaan terima kasih saya ucapakan pada kalian, kerana sudi melayari Laman Blog saya. Dikesempatan ini ingin saya sampaikan , bahawa blog saya adalah sekadar mengisi masa lapang dan tidaklah terlalu berbentuk ilmiah. Sekiranya terdapat kesilapan tata bahasa atau ejaan, saya dengan rasa rendah diri mohon ampun dan maaf kepada anda semua.

Selamat melayari Laman Blog saya. Jumpa lagi....

04 Disember 2013

Ain Maisarah

Seadanya...

sudi-sudikan

Laksa Asam.....


Laksa asam versi kami...

Pada pendapat saya , untuk memasak laksa tak kira laksa dari mana-mana  negeri sekali pun, ikan memainkan peranan yang begitu penting. Kalau ikan tu segar, hmm laksa anda sudah pasti sedap dan lazat...kalau ikan tu dah arwah lama, rasa tu ok lah juga setakat "ok - ok" jee..lagi satu yang saya ingat, kalau laksa assam ni, kualiti "belacanjuga penting untuk menentukan rasa kuahnya

Kalau nak makan laksa puas, lebih baik  masak sendiri.  Memang susah nak dapat  citarasa  laksa yang bertepatan dengan tekak kita  .Oleh yang demikian kalau nak makan sedap, kenalah masak sendiri walaupun penyediaannya agak meremehkan juga.  Banyak proses yang perlu dilakukan daripada membasuh ikan, merebus ikan, mengasingkan isi ikan dengan tulang, membuat kuah, mencelur laksa, sehinggalah memotong bahan-bahan ramuan untuk hiasanBagi penyediaan laksa kali ini, Ibu Hasyaa Nur Dalili hanya beli laksa basah di S’Mart sahaja. 

Hari ni saya  rasa  Ibu Hasyaa Nur Dalili betul-betul  nak makan laksa asam ….  Laksa asam ni memang menjadi makanan kegemaran  nya dan juga kami sekeluarga. Walaupun kami orang Johor, kami tetap suka laksa asam, Namun  laksa Johor tetap jadi pilihan dan tidak dilupakan  . Sesiapa yang baru belajar nak buat laksa asam jommm kite tengok resepinya kat bawah!!!
Resepi daripada ibu Hasyaa Nur Dalili...


Bahan-bahan untuk kuah:
ikan kembung  / ikan selayang (direbus dan ambil isi nya)
bawang besar
bawang merah
belacan
cili kisar
asam keping
daun kesum
bunga kantan
laksa 1 paket (direndam 1 malam dan direbus
Garam
Bahan-bahan hiasan
telur rebus
timun 
lada/cili padi
Daun salad

 *
kuantiti bahan-bahan terpulang pada abanyak mana yang kita nak buat kuahnya..

 Cara memasak:

Rebus ikan dan ambil  isi ikan tersebut dan kisar/tumbuk.ketepikan
masukkan air dalam periuk, masukkan isi ikan,cili kisar dan bawang yang telah dikisar.
kemudian masukkan daun kesum,asam keping dan bunga kantan serta sedikit belacan tuk menambahkan bau dan rasa.
masukkan garam secukup nye
setelah masak boleh lah di hidangkan bersama laksa dan bahan-bahan hiasan.


Kuah laksa seperiuk...yang dimasak oleh si ibu Hasyaa Nur Dalili..
mi laksa segera yang sudah dicelur..

bahan-bahan untuk hiasan...cili api jangan lupa.


Selamat mencuba...

02 Disember 2013

Rindu serindunya...


Indahnya hidup ini....

Tetap terpahat diingatan...




Majlis sayang di sayang..


Sayang di Sayang....

Masa begitu pantas berlalu. Tahun 2013 semakin hampir  untuk meninggalkan kitaJamuan akhir tahun kelab kebajikan guru (KEBIRUS)  SKTJJ2 2013 sudah pun berlangsung bertempat di Hotel SilKa Johor BahruSemua yang hadir telah mengenakan pakaian yang menarik, berpakaian lengkap dan menutup aurat…Tahniah juga kepada cikgu cikgu yang sehati sejiwa kerana telah berjaya  menempah baju sedondon untuk direalisasikan di majlis ini.  Seronok tengok mereka berseri-seri tanda bersatu hati "Sepakat bawa Berkat"
Keseluruhannya  majlis berlangsung dengan  agak serdahana tetapi meriahbagi saya  ia sangat bermakna kerana dengan  majlis sebegini semua guru dapat berkumpul bersama -sama, ada yang membawa pasangan dan ada yang sendirian.  Tahniah kepada pihak penganjur, makanan memang best..cenderahati yang memuaskan dan cabutan bertuah  juga agak lumayan.(rezeki masing-masing…) jangan kecil hati kepada sesiapa yang tidak dapat apa yang dihajatkanInsya Allah mudah-mudahan  jika ada rezeki pada tahun hadapan  pihak KEBIRUS akan  dapat mengadakan lagi majlis sebegini dan lebih meriah lagi..
(Masa tu jika panjang usia akak cuma dengar cerita ajemasa tu dah jadi YB) mungkin ada yang dah tak ingat.....kebarangkalian...

Di bawah ni ada gambar-gambar yang aku uploadkan daripda facebook kawan-kawan SKTJJ2…





Warga SKTJJ 2 yang hadir...


Pengerusi KEBIRUS  2013 En.Mohd Yusof bin Mohammad



Cabutan bertuah berlangsung



Apa agaknya  yang difikirkan Cikgu Kamal tu...tak sedar ke ada insan yang ambil gambar dia...


Puan Azi yang periang...jangan marah ya gurau aje...


Di mana-mana ada cikgu Liana..meja atas dia ada meja bawah pun dia ada..
Terima kasih pada jurukamera yang di import khas . Terima kasih juga pada Liana...



Cikgu Sarinor and The Geng...


bahagianya dapat hadiah besar...


Cikgu Shariza (Chah).....cabut le nombor Akak....Akak nak hadiah yang paling besar...






Semoga Bahagia...








     



Selamat Pengantin baru...


Bismillah.
Demi Allah,
Isteri adalah amanah suami,
Saat akad terlafaz dibibir,
Saat cincin tersarung dijari bertaut dihati,
Saat digengam tangan dikucup dahi,
Semoga RAHMAH ALLAH sentiasa mengiringi,
Ku doakan kebahagian rumah tangga kalian.

SELAMAT PENGANTIN BARU

Istimewa untuk anak-anak buahku
Farhan dan pasangannya,
Shaari dan pasangannya,
Firdaus dan pasangannya...








Farhan dan pasangannya,…..



Shaari dan Pasangannya…..





Firdaus dan Pasngannya










Semoga berbahagia hingga ke Jannah...Aamiin...

Melawat ke Universel Studio Singapore...




Assalammualaikum,
Apa khabar  sahabat-sahabatku, saudara maraku dan rakan taulan sekelian...Sudah sekian lama saya tidak menjenguk ke blog saya ni, terasa amat rindu padanya, tapi apakan daya kekangngan masa  mengatasi segalanya....Syukur alhamhdulliah dengan izin Allah dapat le kita bersua kembali ke blog ini , mudah-mudahan segala urusan kita akan 
dipermudahkanNya jua...Aamiin...

Lawatan ke Universal Studio Singapura..

Ini cerita lama..tapi saya nak abadikan juga dalam blog saya ini...
Pada 16hb September yang lalu, kami telah diberikan kesempatan untuk pergi ke USS  bersama dengan warga SKTTJ5..memang rancangan yang tidak disangka-sangka pun..

Namun disebabkan hasrat untuk  melawat tempat tersebut pada tahun lepas tidak tertunai dan banyak sangat halangan, jadi pada tahun ini bila seorang cikgu  menawarkan pakej pelancongan ke sana, kami mmemang tidak melepaskan peluang tersebut...Pada hakikatnya kami tidak pun mengikuti lawatan sekolah tersebut malah kami sekeluarga pergi sendirian…Kami bermalam di rumah adikku di CCK...sempat le dia mengikuti bersama rombongan Cik Kiah ni...




Perkara wajib apabila tiba sahaja  di USS ni. mesti bergambar di sini...mercu tanda..


Universal Studios Singapore (USS)

Sesiapa yang datang ke USS pasti kagum dan berpuas hati dengan segala yang ada didalamnya.  Maklumlah tempat entertainment, hiburan sekeluarga. Walaupun begitu ada beberapa perkara yang perlu diambil perhatian sekiranya hendak melawat ke sana, antaranya :

1. Tidak sesuai untuk orang tua (mak ayah kita-sekitar umur 60thn lbh) kerana tempat itu amat luas dan perlu berjalan ke sana-sini bagi merasai zon-zon studio yang ada didalamya. Memenatkan dan tempat istirehat hanya sedikit disediakan.

2. Tidak sesuai kanak-kanak berumur bawah 2 tahun kerana kebanyakan studio melarang kanak-kanak kecil memasukinya, terutama bawah 2 tahun. Bagi kanak 4 tahun ke atas perlu jagaan orang dewasa.

3. Sediakan diri anda untuk beratur panjang di beberapa studio terutama Studio Transformer. Lenguh kaki tetapi berbaloi. Tempoh masa beratur/tunggu dinyatakan di pintu masuk jadi conggak-conggaklah boleh tahan atau tidak menunggunya.

4. Akhir sekali, jangan lupa mula-mula sampai je terus cari map@peta USS..senang nak bergerak ke sana-sini nanti, kecuali yang ada pemandu arah takpolah..

Yang paling penting tanyalah staf USS sekiranya sesat jalan atau ingin mengetahui lokasi tertentu di USS. Mereka semua adalah petugas dan pekerja yang mesra pelanggan dan sedia menolong walaupun tolong ambil gambar.. mereka tak kisah.. perkhidmatan 5 star hi..hi



Setelah penat melayan anak-anak mencuba pelbagai permainan dan  rumah bertema( kami berdua beradik tak le beria-ia sangat malah kami lebih banyak berborak)... waktu untuk makan pula walaupun sudah lewat...Hati-hati dengan pemilihan kedai makan di USS ini...ada yang halal dan ada yang tidak halal...Jadi  kita mesti tengok logo halal dalam  pamplet yang diberikan...Sangat penting tau...
Walaupun kadar tukaran wang kita sangat tinggi namun untuk makan sangat berbaloi...kebetulan kami mendapat baucer makan 10 dollar Singapura untuk setiap seorang...sudah cukup menjimatkan wang kami..




Keadaan tempat duduk untuk menyaksikan pertunjukkan Transfomer


Kami sempat juga menyaksikan tayangan ‘Transformer 3D Ride.’

Amaran keras: yang cepat  cepat pitam dan mabuk, yang ada lemah jantung, pregnant jangan le  naik tau sebab memang melambung-lambung..

Tak perasan le pulak time masuk tu beratur macam ular kena palu.. ramai betul orang. Kalau tak beratur panjang rasa-rasa kami dua beradik masuk dua tiga kali agaknya…

Fuhh….yang ini ni memang  best sesangat peperangan ada transformer...Memang melambung-lambung dan terasa jatuh betul-betul bilabahagian nak terhempas tu..pakai cermin mata 3D ,memang  betul-betul terasa yang  kita berperang dengan  robot jahat tu macam nak naik lagi..rugi Zek dan Zatty tidak dapat meraasa naik ni
nak beratur panjang yang tak larat  tu…



9

Sekadar kenangan....


Universal Studios Singapore - Far Far Away Castle


Universal Studios Singapore - Ancient Egypt Statues


Universal Studios Singapore - Hollywood Boulevard
New York, USS.


Sci-fi City, USS.






















Seronoknya orang tiga bercucu ni...




Sesungguhnya,  kunjungan kami satu hari  ke sini merupakan satu kunjungan yang tidak dapat kami lupakan..sangat menarik...jika diberi peluang, kami ingin pergi ke sana sekali lagi kerana banyak lagi tempat-tempat yang menarik belum kami rasai dan berkesempatan masuk dek halangan waktu yang terbatas...


Lupa pula, untuk pengunjung Islam, disediakan juga surau untuk menunaikan solat...