Assalammualaikum...

Syukur alhamdulliah ....
Kepada semua pembaca yang saya hormati . Jutaan terima kasih saya ucapakan pada kalian, kerana sudi melayari Laman Blog saya. Dikesempatan ini ingin saya sampaikan , bahawa blog saya adalah sekadar mengisi masa lapang dan tidaklah terlalu berbentuk ilmiah. Sekiranya terdapat kesilapan tata bahasa atau ejaan, saya dengan rasa rendah diri mohon ampun dan maaf kepada anda semua.

Selamat melayari Laman Blog saya. Jumpa lagi....

19 Julai 2013

Juadah berbuka puasa.....

Bulan Ramadhan merupakan bulan yang mempunyai banyak kelebihan. Kedatangannya selepas dua bulan yang juga tidak kurang keistimewaannya iaitu Rejab dan Sya’ban. Bagi tujuan menyuburkan rasa tanggungjawab dan rasa ingin menambahkan ibadat kepada Allah sepanjang Ramadhan ini.Disamping menjalani ibadah puasa para isteri dan ibu sering mencari idea untuk menyediakan hidangan yang agak istimewa untuk menjadi santapan seisi keluarga......Pada petang ini saya sempat menyediakan  mi rebus
(Resepinya telah saya sertakan pada entry yang lalu)...

kuah mi rebus

bahan-bahan sampingan


Sambal goreng kicap

Bahan-bahan 

3 keping tauhu ( di potong dadu kemudian di goreng)
2 biji kentang ( potong dadu dan di goreng )
1 keping tempe ( potong dadu dan goreng )
2
biji lada merah ( hiris nipis
suun – ( rendam dan di potong sedikit )
tauhu kering ( di rendam dan potong kecil )
1/2 cawan ikan bilis/ udang ( buang kepala dan kulit )
3 -4 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
kicap lemak manis secukupnya
garam secukup rasa
Minyak secukupnya


Cara Penyediaan

1. Tumis bawang merah, bawang putih, lada hiris hingga garing dan wangi.
2. Kemudian masukkan udang hidup,, Suun, tauhu kering dan bahan-bahan yang telah di goreng tadi!!
3. Masukkan garam, kicap kacau rata.Masakan orang jawa mesti ada manis-manis  sikit 
4. Bila telah masak dan rasnya pun dah ok sesedap lidah kita ...bolehlah diangkat dan dihidangkan.

** sesuai di makan dengan nasi panas, ayam kicap atau ayam masak merah!!..perahhhhh memang terbaikkkkkk....:)) 


Selamat berbuka puasa.....

Kelebihan Puasa di Bulan Ramadhan.

Kelebihan Bulan Ramadhan.
Bulan Ramadhan adalah bulan yang sangat tinggi darjat dan besar martabatnya di sisi Allah s.w.t. dan RasulNya, ia juga penghulu segala bulan.
Di antara kelebihan dan keistimewaan bulan Ramadhan itu Allah s.w.t telah menurunkan kitab suciNya (Al-Quran) yang menjadi petunjuk pada manusia. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:
“(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadhan yang padanya diturunkan kitab sucinya (Al-Quran) yang menjadi petunjuk bagi sekelian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk, dan (menjelaskan) perbezaan yang benar dengan yang salah.”Surah Al-Baqarah : 185.
Di pilih di antara malam-malam bulan Ramadhan itu suatu malam Lailatulqadar yang mana ia jauh lebih baik daripada seribu bulan. Seribu bulan itu kira-kira 83 tahun.. Menurut ulama Lailatulqadar itu jatuh pada salah satu malam sepuluh yang terakhir daripada bulan Ramadhan. Sayugia diingatkan bahawa jangan disia-siakan malam-malam di bulan Ramadhan dengan perkara-perkara tidak berfaedah, bahkan hendaklah diisi dengan amal ibadat sebagai saham dan bekalan di dunia dan akhirat.

Kelebihan Puasa di Bulan Ramadhan.

Apabila membincangkan mengenai bulan Ramadhan, dengan sendirinya ia mempunyai hubungan dengan kewajipan puasa yang disyariatkan didalamnya. Suatu kewajipan yang tidak boleh ditinggalkan. Meninggalkan atau sengaja tidak menunaikan kewajipan puasa, bukan sahaja suatu dosa besar bahkan ia tidak boleh ditebus dalam apa jua cara. Tidak boleh ditukar ganti, sekalipun orang yang meninggalkannya berpuasa seumur hidup. Ini jelas sebagaimana sambda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud:
Sesiapa berbuka satu hari pada bulan Ramadhan tanpa ada rukhshah (keringanan) dan tidak juga kerana sakit, dia tidak akan dapat melunas (mengganti) puasa yang ditinggalkannya itu, sekalipun dia berpuasa seumur hidup.”

Hadis riwayat Tirmidzi, Abu Daud, Nasa’i, Ibnu Majah dan Ibnu Khuzaimah
(Maklumat dari Pak Googgle terima kasih bagi info berguna)

18 Julai 2013

Nasi goreng Pattaya...

Salam semuaNasi  Goreng Pattaya dan Sup Sayur ni adalah juadah kami berbuka puasa hari ini Sup sayur ni sedap dimakan dengan nasi  goreng  dan sambal kicap!! Layan………….




Nasi goreng yang belum di bungkus dengan telur...



Nasi goreng yang telah di bungkus dengan telur dadar...


Bahan-Bahan

1
mangkuk nasi
1
labu bawang besar  ditumbuk halus
3
ulas bawang putih   ditumbuk halus
1 genggam sayur campur
1 ketul dada ayam dihiris nipis
sedikit lada sulah serbuk
sedikit garam
4 biji telur

Cara-Cara

1) Tumis bawang besar, bawang putih dan cili padi
2) Masukkan dada ayam, lada sulah, garam dan sayur campur
3) Gaul semua bahan kemudian masukkan nasi
4) Setelah siap nasi goreng, ketepikan
5) Pukul telur, campur secubit garam dan buat seperti telur dadar. Jangan terlalu tebal
6) Letakkan telur dadar atas pinggan dan letakkan nasi goreng kemudian balutkan nasi menjadi segiempat tapi lipatan tu tak penuh sepenuhnya
7) Pegang dengan cermat dan terbalikkan nasi berbalut telur tadi ke atas pinggan untuk dihidang. Tuangkan sos cili keatasnya


Sup sayur yang paling ringkas...selamat berbuka ....

Soto ayam pulak...

Jika semalam anak menantu teringin nak makan beryani gam...Hari ini kami pula bercadang nak buat soto ayam...Pak Aji kat rumah kami kalau boleh dia tak berapa gemar makan nasi putih di waktu berbuka puasa  jadi kami dua beranak terpaksa memikirkan nak masak apa yag seuasai untuk hidangan berbuka puasa.  Jika ingin kongsi resepi kami sudi-sudikan le.....
soto yang sudap siap untuk dijamah....

SOTO AYAM ISTIMEWA

BAHAN-BAHAN A : (untuk kuah soto)
-1 ekor ayam potong empat

-3 sudu ketumbar
- 1
sudu jintan mains
- 1
sudu jintan putih
- 2
biji buah keras
-(boleh juga gunakan rempah  sup lebih kurang 1 senduk)
- 1
inci halia
- 10
biji bawang kecil
- 5
ulas bawnag putih
*
kesemua bahan ini dikisar.
- 3 batang serai di titik
Saya tambah serbuk  badam, serbuk gajus (lebihan daripada masak nasi beryani semalam) rasanya bertambah enak..
-Sedikit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan sedikit bunga cengkih.
-
CARA MEMBUAT:
-
Tumiskan kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan bunga cengkih.
-
Kemudian masuk bahan-bahan A yang telah dikisar tadi. Tumiskan hingga garing.
-
Masukkan  ayam.
-
Masak sehingga mendidih dan ayam masak.
CADANGAN HIDANGAN :

-
Boleh disediakan dengan nasi impit, mihun atau mi.
-
Lebih menarik  jika dihidangkan berserta sedikit tauge, bawang goreng, daun sup,suhun goreng, kacang tanah, tahu goreng, begedil  dan ayam yang disiat kecil. tulang-tulang ayam masukkan sdalam kuah sup...
BAHAN BEGEDIL KENTANG SEGERA:

- 1 kg
kentang (digoreng letakkan sedikit garam semasa menggoreng dan ditumbuk)
- Sedikit daun sup
-
Bawang goreng
-
Serbuk lada putih
- 1
biji telur
-
Garam secukup rasa


CARA MEMBUAT :
-
Daging yang sudah direbus tadi dicincang halus.
-
Gaulkan semua bahan tadi.
-
Kemudian bulat-bulatkan mengikut kesesuaian.
-
Pukul 1 biji telur.
-
Ambil begedil yang sudah dibulatkan tadi lantas dicelupkan dalam telur
-
Goreng hingga garing.

Selamat mencuba............