Botok-botok…
Di kampong kami terkenal dengan masakan 'Botok-Botok'.....Mejoriti
penduduknya ialah kaum nelayan. Tidak hairan lah jika di sini terdapat ikan
segar yang baru di jaring dari laut. Masakan di kampong ini kebiasaannya
berasaskan ikan. Salah satu masakan yang terkenal di sini ialah 'Botok-Botok'.
Untuk memudahkan kita membuat botok-botok disekeliling rumah kami di tanam
dengan pelbagai sayuran untuk membuat Botok-Botok...
Kita kongsi bersama untuk membuat botok-botok...
Kita kongsi bersama untuk membuat botok-botok...
Bahan-bahan ( 4 bungkus )
·
4
keping ikan tenggiri - dibersihkan
·
500
g rempah kari daging/ikan
·
12
batang serai*
·
1
ibu jari halia*
·
1
ibu jari lengkuas*
·
4
biji bawang besar*
·
1
biji kelapa parut - dijadikan kerisik
·
3
cawan santan pekat
·
1/2
cawan air asam jawa pekat
·
garam,gula,perasa
secukup rasa
·
4
helai daun kunyit - dihiris halus
·
8
tangkai daun selasih
·
8
tangkai pucuk daun teh
·
8
helai pucuk mengkudu
·
8
helai pucuk ubi
·
12
helai daun belinjau
·
12
helai daun berbuas
·
8
helai pucuk semangkok
·
secukup
daun pisang untuk membungkus
Cara-cara
1.
Kisar
bahan2 bertanda * dan campurkan bersama rempah,garam,gula, perasa,air
asam,santan dan kerisik,gaul hingga rata.
2.
Pucuk2
hendaklah dibersihkan dan dibahagi 4 utk 4 keping ikan.
3.
Ambil
sekeping daun pisang,bubuh 1/2 bahgian pucuk2 dr 1 bahagian,bubuh 1 keping ikan
dan ditutup dgn 1/2 bhgian pucuk dan rempah.Bungkus daun pisang berisi ikan
seperti membungkus tapai.Buat hingga habis.
4.
Kukus
selama 1 jam atau hingga botok2 masak.