Assalammualaikum...

Syukur alhamdulliah ....
Kepada semua pembaca yang saya hormati . Jutaan terima kasih saya ucapakan pada kalian, kerana sudi melayari Laman Blog saya. Dikesempatan ini ingin saya sampaikan , bahawa blog saya adalah sekadar mengisi masa lapang dan tidaklah terlalu berbentuk ilmiah. Sekiranya terdapat kesilapan tata bahasa atau ejaan, saya dengan rasa rendah diri mohon ampun dan maaf kepada anda semua.

Selamat melayari Laman Blog saya. Jumpa lagi....

06 Februari 2010

Program Motivasi Ibubapa dan Murid Tahun 6

Penyerahan Mentor dan Mentee.......

Sabtu 6 februari 2010 Program Motivasi dan penyerahan anak angkat telah diadakan di sekolah kami. Pakar motivasi En.Nor Hashim telah menyampaikan slot motivasi....
Pn.Guru Besar Pn.Hjh Noraisah bt Andin,Pn,Shariza dan Pn.Nor Idayu

Cikgu Rohaizan dan anaknya Amirul....

Penyerahan anak angkat

Cikgu Fazidah dan anaknya Aiman.....

Penyertaan ibubapa

Penyerahan anak angkat

Cikgu Junaidah dan anaknya Iqbal...........

Pn.Lutfiah dan anaknya Izzan Nuha........

05 Februari 2010

Bengkel Guru Cemerlang

Pembentangan Kertas Kerja...

4 Februari 2010 Majlis GC daerah Pasir Gudang telah mengadakan Bengkel pembentangan kertas kerja untuk semua AJK Majlis Persidangan GC 2010. Majlis Guru Cemerlang daerah Pasir Gudang telah diamanahkan sebagai tuan rumah untuk Majlis Persidangan Guru Cemerlang Peringkat Negeri Johor. Majlis tersebut dijangkkan akan berlangsung pada 22 & 23 April 2010 bertempat di Hotel Selesa Pasir Gudang.
AJK Khas Pn.Asmah bt Tayeb (SMKAJB)

Berdiri di depan Pengerusi GC Pasir Gudang(En.Khoo) PPD Pasir Gudang(En.Mohammad),
dan Penyelaras Persidangan GC 2010 En.Ishak


AJK Penginapan


AJK GCPasir Gudang tekun menyiapkan kertas kerja

AJK Jualan

JASAMU DIKENANG................

Salam perpisahan......

Hari ini sekolahku mengadakan majlis perpisahan En.Mohammad bin Jaafar (Penolong kanan 1). Beliau telah dinaikkan pangkat sebagai Guru Besar di SK Taman Rinting 3.

Pelajar SKTJJ2

Rakan sejawat SKTJJ2

Pasukan Koir Sekolah

Rakan sejawat SKTJJ2

Guru Besar SKTJJ2 (Pn.Hajah Noraisah bt Andin)

Dari kiri En.Padzlan bin Monthel (GPK HEM) Yang dirai En.Mohamad bin Jaafar dan En.Kamal bin Abdul Kadir (Penyelaras PKBP)

01 Februari 2010

Istimewa buat mu ibu..........

Ibu......
Tiada kata secantik bahasa
Hendak ku coretkan
Tiada syair seglamor sang pari-pari
Hendak ku deklamsikan
Tiada lagu segermersik dendangan Situ
Hendak ku nyanyikan

Namun......
Cebisan rasa ini ikhlas kutitipkan
Agar dikau tahu
Kasihmu sentiasa ku junjung tinggi
Sayangmu sentiasa ku semat di hati
Rindumu pasti ku bawa pergi

Ibu......
Betapa hebatnya pengorbanan mu
Terima kasih kerana sejuta kemaafan
Harga kasih yang tiada nilainya
Terima kasih kerana keikhlasan itu
Keikhlasan mengikut alur tulang rusuk yang bengkok itu
Terimalah lafaz sekalung budi
Inilah mahar penghormatan ku buat mu

Ibu......
Nyata kau satu dalam berjuta
Walau ku kembara sedunia
Kau tiada tandingnya
Kau teristimewa buat ku tenang
Pada mu ibu ku berjanji
Pesan manis mu tak hilang di relung hati
Doa mu sumber kekuatan diri
Ucap restu mu pedoman abadi

Ibu ku tersayang.....
Bukan membeli bakti yang melimpah
Kasihmu ibu bukannya mudah
Kau bimbing ku dengan tabah dan sabar
Sehingga aku mampu berdiri sebagai insan sejati
Aku mendoakan agar ALLAH memberi rahmat dan kebahagian ke atasmu
Sesungguhnya jasa mu tak mampu dibalashingga keakhir hayat..............

Untuk mu ibu: Pn.Mahani bt Hj.Yusuf

31 Januari 2010

Fasa Akhir.........Di alam rumah tangga

(v)
Marilah kita tabur secubit salji pada segenggam api
Telah banyak kita dengar cerita keruntuhan, kisah perpisahan
Marilah kita kembali suburkan perkahwinan ini
Walaupun sudah berdekad-dekad usinya
Institusi ini adalah kubu terakhir kita
Marilah kira pertahan bersama si dia
Sidia ku sidia mu....
Cinta kita jangan mati dalam arus dunia siber
Biar setia kita makin waja

Biarlah skrin atau internet mempaparkan yang indah-indah ,pantulan seri rumah tangga kita
Bicara ini diakhiri dengan satu coretan
Yang mungkin boleh diguriskan pada kad hari lahir isteri
Atau kad ulang tahun perkahwinan
Atau surat biru yang kau ingin utuskan padanya
Atau pahatkan sahaja dihalaman hati mu
Pada malam nanti...
Aku hanya seorang suami
Yang menerima setulus hati
Seorang isteri
Janji yang termeteri
Di akad nikah kita di musim yang lalu
Salam kuhulur
Buat menyapa hati mu yang luhur
Bersamalah kita harungi
Derita yang mendatang
Bersatulah kita tempuhi
Nikmat yang bertandang
Denai perkahwinan
Pasti dihujani air mata
Biar kita rasa...rupanya syurga itu
Sangat tinggi maharnya
Isteri...
Tidak ku tagih setia, sesetia Hawa
Atau kerinduan menggila Laila
Yang sangat dalam
Terimalah kehadiran ku
Disudut tersuci di dalam hatimu.....
Seorang isteri............

Fasa iv

(iv)
Uhhhh.................
Kekadang isteri mengamuk
Dengan ombak persangka dan taufan cemburu
Apa bukti setiamu suami?
Ketika keringat mu masih basah, baru menjengah pintu rumah
Ketika itulah...nilailah diri..
Mungkin kita berdosa dengan Allah
Atau bersalah dengan insan
Mungkin banyak penganyaiaan
Yang telah kita lakukan
Lalu datang tegeruan, amaran dan peringatan
Secara 'indirect' dari Allah
Hadapkan diri kecermin hati
Kalau liar...berhentilah
Kalau berdosa....bertaubatlah
Jika ternyata isteri melulu
Nasihatkanlah baik-baik
Bukan senang nak senang
Ingatlah mustika kata dalam kitab-kitab tua
Suami yang bersabar dengan isteri yang jahat
Akan mendapat pahala Nabi Ayub
Atau
Ingatlah pesan Syaidina Omar Al-Khatab
Ketika didatangi suami yang di leteri oleh seorang isteri"

" Bersabarlah, kerana sesungguhnya isteri
telah banyak membantu kita,
dia yang menyelamatkan
kita dari amukan nafsu"

Dia yang menjaga makan minum kita
Dia yang membantu membersihkan rumah kita
Lalu apa salahnya kita bersabar sedikit dengan kerenahnya.

Fasa iii

(iii)
Puuuuh.....................
Akan tiba masanya bila"isteri" di hati tapi kurang dimata
Usia meningkat, kecantikan tergugat
Dulu kita lihat mulus,kini berunsur pupus
Betis, tidak lagi bunting padi.............
Pipi, bukan lagi pauh dilayang................
Apakah dengan itu....berkurangan cinta kita?
Jika berkurang, nyatalah cinta kita
Selama ini cinta di mata bertapak di body
Tapi jika cinta kita tetap kekal malah semakin bertambah
Ertinya cinta kita di hati , berpasak di budi
Itulah cinta sejati...
Namun tidak salah
Disamping menyanjung budi
Kita merampingkan 'body'
Kalau ada kesempatan ...ajaklah sidia bersenam, amalkan puasa sunat.
Tapi ingat niat kerana Allah
Bukan kerana ingin kuruskan badan
Tapi Allah maha penyayang
Dia pasti membantu isteri memburu keredhan suami
Tak salah kalau mohon kesihatan, kecantikan dan kecergasan
Sama-sama merampingkan badan
Yang terlebih dikurangkan
Jangan sesekali mencemuh, apalagi menjauh
Apa guna membandingkan isteri dengan perawan
Bukan masanya lagi merenung dara...........
Tapi kini saatmenghitung dosa.........
Lalu ajaklah isteri sama-sama menambah bakti
Di dunia dan akhirat dinanti
Itulah yang dikatakan
Hidup berdua, 'selepas' mati bersama.....

Fasa ii

(ii)

Arghhh.....
Tiba-tiba isteri merungut, malah kadangkala agak mengugut.
Minta aksesori serta perabot, minta villa terseregam indah
Atau mahligai di lereng bukit
Sedangkan kita bukan Shah Jehan
Yang minta petanda keagungan cintanya...
Katanya.......
"Seabadi permata, segemerlapan intan "...........
Sedangkan di tangan kita
Cuma cincin tembaga
Aduh.................
Peritnya mengukur cinta, dalam ukuran mayam atau menimbang setia....
Menerusi Bursa Saham papan utama..
Kasih isteri turun naik
Diakan dulu pilihan kita ?
Semasa mekarnya , dia dihargai, dipuji-puji
Dia kini sudah menjadi ibu
Pada anak-anak kita
Sudah takdir.......... Permata yang dipilih perlu digilap semula
Namun
Putus asa jangan sekali
Terimalah dia dengan redha, justeru isteri pada hakikatnya
Adalah bayang-bayang suami, wanita adalah tulang rusuk yang bengkok
Luruskan dengan berhati-hati, bertegas tapi jangan berkeras
Lembut tapi jangan reput..
Katakan RM bukan segalanya ..
Lalu pada saat yang kudus
Setelah solat bersama...
Bisikan
" wahai isteriku.....
Marilah kita bina perkahwinan ini, dengan cinta yang sejati
Marilah kita kutip rezeki dengan keringat yang tersuci
Kita cari harta , tapi bukan segalanya,
Padamu isteri, istanamu di hati ini
Padamu sayang kalung cintamu, di jiwa ini"