Assalammualaikum...

Syukur alhamdulliah ....
Kepada semua pembaca yang saya hormati . Jutaan terima kasih saya ucapakan pada kalian, kerana sudi melayari Laman Blog saya. Dikesempatan ini ingin saya sampaikan , bahawa blog saya adalah sekadar mengisi masa lapang dan tidaklah terlalu berbentuk ilmiah. Sekiranya terdapat kesilapan tata bahasa atau ejaan, saya dengan rasa rendah diri mohon ampun dan maaf kepada anda semua.

Selamat melayari Laman Blog saya. Jumpa lagi....

22 November 2014

Bertemu Kembali OTAI SMGP Fasa 5...

Terkenang semasa dulu....


Assalammualaikum  guruku yang di hormati dan sahabatku yang di kasihi.  Mudah-mudahan kalian semua di dalam perlindungan Allah jua. Aamiin...

Orang cakap zaman sekolah adalah zaman yang paling best dalam hidup. Masa tu tak payah nak fikir apa-apa pun. Pergi sekolah, balik sekolah, 
makan, main dan tidur. Hahaha.. Takda runsing nak pikir nak cari duit bayar hutang, stress dengan kerja-kerja dekat ofis, kalau dah berkeluarga pula dengan hal anak-anak pula. Kalau ada masalah pun cinta monyet jer kot.. Frust sebab orang yang
kita suka dah ada yang punya.. Tak sesuai tau.. Hahaha.. Nasib baik 
zaman sekolah dulu saya tak reti nak bercinta.. Ekekeke..Yang pasti bila tengok gambar tu memang teringat balik zaman sekolah.
Rindunya  ...KAT SEKOLAH…

malam sepi..
mengingatkan ku pada seseorang..

mengingatkan ku pada kenangan lalu..

mengingatkan ku pada sebuah pertemuan maya..

arghh..sukar benar nak ku sisihkan nya..

makin ku menjauh..makin mendekati..

malam sepi..

mengapa perlu ku mengingati lagi..

mengapa perlu ku melewati kenangan lalu ..

tewasku tewas dengan kenangan semusim yang lalu..

malam sepi..

tanpa sedar..ku menagis..

tanpa sedar..ku menyebut namanya..

tanpa sedar..ku melayarkan wajahnya diminda..

sukar nak ku bendung airmata yang berjuraian kini..

malam sepi..

bait itu.bait-bait itu yang mengingatkanku

bait-bait itu yang membangkitkan kenangan waktu dulu..

mengapa sukar ku hapus kan kenangan itu..

mengapa..mengapa..pilu rasanya hati saat ini..

malam sepi..

kini bersama deraian airmata..

ku simpan kenangan semalam..

ku simpan agar menjadi keluli yang tak bisa pudar..

tersimpan kemas jauh di sana..

sesekali akan ku gilap ianya agar tak pernah terhakis .

ku tetap mengingatimu wahai CIKGU....dan  Sahabatku...



cikgu-cikgu yang amat kami kasihi lagi dirindui...

GURUKU
Duduk dari kiri: Arwahyarham Cikgu  Hj.En.Ahmad,  Cikgu Hj.Kamaruddin, 
Cikgu Hj.Karim (Pengetua) Cikgu Hajah Noriah dn Cikgu Hj.Abdul Samad.
Pengasas SMGP

Engkaulah pelita diri ini,
Menerangi hati nurani,
Moga dirimu dirahmati

Ya Allah peliharalah guruku,
Agar dipimpin terus hambaMu,
Agar terhindar dari Neraka,
Moga dibukakan pintu Syurga

Tak terbalas jasamu
Berkorban jiwa raga
Mendidik anak bangsa
Jadi insan berguna

Keikhlasan di hati
Hulur bakti dan budi
Kau penyambung warisan
Ilmu cahaya hati

Ampunkanlah wahai guruku,
Kesilapan anak-anakmu,
Ku serahkan jiwa ragaku,
Agar terdidik nafsu liarku

Dengan izin Allahu Rabbi,
Engkaulah guru yang sejati,
Engkau bersabar mendidik kami,
Semoga dirimu diberkati

Datang dengan harapan,
Pulang bawa kejayaan,
Anugerah yang diimpikan





Kenangan lalu...otai SMGP 1970-1973









Kenangan waktu sekolah yang anda rasa kelakar...?
Kalau nak ikutkan banyak kenangan di sekolah dulu. Contohnya kena berdiri atas kerusi, kena berdiri kat luar kelas, kena cubit perut, kena tarik telinga dan banyak lagi. Masa zaman budak-budak dulu memang tidak terlepas dari kenakalan. Pengalaman kena denda di sekolah ini menjadi satu pengalaman yang masih diingati sampai bila-bila ...



Nantikan lagi.....

21 November 2014

Bertemu Kembali OTAI SMGP fasa 4...

Assalammualaikum cikgu dan sahabat yang saya hormati dan disayangi ....

Suykur kehaderat Allah SWT dengan limpah dan izinNya dapat lah  kita  bersua kembali dengan kalian semua.  catatan saya hanya sekadar menghiburkan dan membahagiakan diri sendiri semata-mata...Jika terdapat salah dan silap serta ketelanjuran kata ,  saya susun jari sepuluh  memohon jutaan ampun dan maaf....Yang baik datangnya dari Allah SWT dan yang lemahnya dari diri saya sendiri...

Bertemu semula sahabat lama....di Kuala Lumpur..

Kita dipisahkan dengan kawan-kawan oleh peredaran masa.
 Kita mulakan kerjaya, kita berkahwin, kita medapat cahaya mata. 
Kita mula berpindah dari satu tempat ke satu tempat, dari sebuah negeri ke sebuah negeri. Mungkin ada yang berhijrah ke luar negara. Saban hari kita bertemu dengan kawan baru. Ada yang datang dan ada yang pergi, begitulah lumrah kehidupan. 
Silih berganti, ibarat siang dan malam. 
Kita menemui kawan baru dan kawan lama mulai menghilang diri. 
Bukan merajuk tetapi kerana faktor masa dan tempat. 
Kita mula fokus kepada kehidupan bekeluarga dan kerjaya yang perlukan
komitmen yang tinggi. 
Kita sering lupa untuk hubungi kawan-kawan lama. 
Lantaran itulah kehilangan sementara itu amat terasa dan bila kita sedari kehilangan mereka, kita akan mula mencari. 
Pencarian yang panjang dan mungkin sukar. 
Ada yang kita temui semula dan ada yang belum ditemui. 
Ada juga yang telah pergi meninggalkan kita buat selama-lamanya. 
Al-Fatihah untuk kawan-kawan yang tak sempat ditemui, dengan iringan doa agar roh mereka ditempatkan bersama orang-orang yang soleh.

Tn.Haji Hamidon
Sahabat yang sekian tahun tidak kami temui...
Beliau icon kami. Seorang Ketua pengawas yang tegas dan dikagumi ramai...
Sahabat dulu kini dan selamanya.
Tn.Hj. Hamidon  bersama Tn.Hj. Ismail 




Merakam kenangan di kediaman Ketua Pengawas kami Tn.Hj.Hamidon
Setelah sekian lama mereka berpisah akhirnya dengan izin Allah mereka dipertemukan kembali.... Jika dula mereka bersama dizaman kanak-kanak, remaja akhir bertemu di hujung usia yang sudah mendapat gelaran datuk dan nenek.
Bahagianya mereka dapat menekmati rezeki Allah.....
Berdiri dari kanan Tn.Hj.Amran Tn.Hj Hamidon, Tn.Hj. Hadi
Yang duduk tu... awek2 manis kita Ani dan Kamar
dulu jadi rebutan sang peria...Semuanya melepeh...
jangan marah sayang gurau orang tua...

Anak lembu di tepi bukit,
Berjalan beriring berkawan-kawan,
Berbuat baik walau sedikit,
Tetap dikenang budimu tuan.

Inang-inang padi Pak Dalik,
Padi tak sama rupa bunganya,
Sungguh ku kenang budi yang baik,
Tidak ku lupa selama-lamanya

Pulau Daik banyak kelapa,
Pulau Karimon banyak pegaga,
Budi baik tuan payah dilupa,
Beribu tahun kukenang juga.

Sayang Pak Uda menahan racik,
Umpannya kekaltu di dalam pinggan,
Kalau ada budi yang baik,
Menjadi abu orang kenangkan.

Nantikan fasa 5...

19 November 2014

BERTEMU KEMBALI OTAI SMGP FASA 3...

Catatan Khas untuk Sahabat OTAI yang berada di Kuala Lumpur...

Assalammualaikum sahabat yang diingati...

Kali ini saya  berkesempatan menulis sedikit tentang aktiviti OTAI yang berada di Kuala Lumpur.  Sebelum memulakan kata bicara saya susun jari sepuluh  pohon ampun dan maaf seandainya apa yang saya tulis ini tidak memenuhi cita rasa atau naluri  hati nurani sahabat semua...
PERTEMUAN ~ T. ALIAS TAIB

Pertemuan berlaku

di penjuru matamu

yang ungu

lalu membiru
Pertemuan berlalu
di penjuru dadaku
yang sayu
lalu terharu

T.Alias Talib

 Kuala Terengganu, 1974


Begitulah... 
beberapa pertemuan berlaku dengan sahabat yang telah bertahun-tahun terpisah.

SAHABAT, suatu ketika dahulu adalah....

yang bersama di bawah bumbung yang satu;
yang belajar dalam satu kelas yang sama;
yang sering beriringan santai di bawah pohon yang rendang di tepi padang yang kadang-kala dilihat merukah jejaring besi menguji kehebatan diri....

SAHABAT suatu ketika dahulu juga adalah....

yang hanya dilihat  dijeling dari kejauhan
yang hanya berselisih ketika menuju ke dewan atau ke kantin;
yang sekali-sekala bertemu semasa latihan rumah sukan
dan mungkin...
yang hanya muncul dalam mimpi tanpa diketahui nama....

Begitulah, 
jalinan persabahatan terjalin tanpa sedar...
mewarnai usia remaja yang masih hijau...
berkongsi suka duka tanpa rahsia...

dan akhirnya tiba-tiba hilang
tanpa dapat dikesan
masing-masing mencari arah tujuan
mengejar cita-cita murni masa hadapan...

Setelah lebih tiga dekad setengahmeninggalkan bangku menengah atas, meninggalkan alam persekolahan yang indah, meninggalkan kenangan yang pernah hinggap dalam ingatan, tiba-tiba kami dipertemukan semula....

Oh, sungguh indah pertemuan itu....

Percayalah, walau secanggih mana sekalipun teknologi itu, jika tanpa izin dan kehendak-Nya, kita pasti tidak dapat bertemu dan berkumpul begini....

Sahabat handai rakan taulan zaman persekolahan... 
setelah sekian lama terpisah kembali bertaut mengimbau kenangan yang telah lama ditinggalkan..

Aktiviti  pertama OTAI Kuala Lumpur...7 September 2014

Dato Rashid  (berbaju Kotak ) dan isteri Datin Hanim 
dan rakan-rakan di Kuala Lumpur  berkesempatan menziarahi guru kebangaan kami iaitu cikgu Tuan Haji Kamaruddin bin Hj.Abdul Rahman. Syukur kehaderat Allah SWT kerana dengan limpah dan izinnya dapat mereka bertemu kemabali setelah sekian lama terpisah...
Merakam kenangan di kediaman  beliau..

 Keluarga bahagia cikgu  Tn.Hj.Kamaruddin

Peneraju Utama Group OTAI Dato Rashid dan isteri..
Terima kasih Dato merancang perjumpaan bersejarah ini..

Sebahagian daripada Orang Kuat OTAI di Kuala lumpur.,..
Hj.Ismail bin Mohammaddin dan Tn.Hj,Abdul .Rahman bin Ali
Merenung jauh..
Orang Kanan Otai di Kuala Lumpur... (bahagian wanita) diterajui oleh Datin Hajah Halimah binti Yusuf dan Hajah Norsiah binti Hj.Mohmadzan.

Secara kebetulan pada 7 September 2014 merakam sejarah  dan tarikh keramat bagi Tuan Haji Ismail  sahabat kami , kerana dapat meraikan hari ulang tahun kelahiran beliau  bersama cikgu dan rakan-rakan,,,, mana di sangkakan...Tuah badan siapa tahu...

pertemuan semalam sudah jauh
semalam tidakkan berulang lagi pertemuan itu

pertemuan hari ini
dilalui dengan berhati-hati
agar ianya tidak hilang
jaga lah ia jangan sampai hilang
jangan hilang maruah
dan harga diri

pertemuan hari esok masih jauh
tapi ia semakin hampir dan dekat
sempatkah pertemuan untuk hari esok

setiap pertemuan pasti menjanjikan perpisahan
kerana alam itu setiap yang bermula pasti kan berakhir

Sekian...
Insyaalah jika diizinkan Allah kita berjumpa di Fasa 4
 sabar menunggu ........

18 November 2014

Bertemu Kembali Group Otai SMGP Fasa 2....

Assalammualaikum sahabat-sahabat semua.
Syukur alhamdulliah kehaderat Allah SWT dengana limpah 
dan kurnianya akhirnya kami bertemu kembali...

Alangkah bahagianya hidup ini jika sesuatu yang kita tidak jangkakan akan bertandang dan akhirnya jadi kenyataan...Bagai suatu mimpi indah bila saya menerima satu pesanan ringkas dari sahabat sekelas semasa di SMGP  iaiatu saudara Ismail bin Mohammaddin dari  tahun 1967 -1971.

Pesanan ringkas daripada beliau

"Assalammualaikum sahabat2 semua, 
Salam dari sahabat kita Rashid Harun 
kini berada di Sabah telefon saya malam tadi, 
beliau mohon dapatkan no telefon kita masing2..
jika tak keberatan bolehlah Wasap
kepada Noorisah Makhzan atau FB 
kepada saya untuk di panjangkan 
kepada sahabat kita itu, terima kasih semua..
Wasalam.."

Tanpa berlengah lagi saya pun menghantar no hp kepadanya dengan harapan saya akan dapat berjumpa kemabli dengan  rakan-rakan di SMGP hampir 43 tahun kami terputus hubungan.  Memang  saya tidak menyangka bagaimanakah rupa paras wajah rakan-rakan saya yang  kini  sudah bergelar datuk dan nenek serta sudah diberi gelaran khas iaitu YB...

Bermulanya cerita  OTAI 66-70

Ini lah dia wajah  Pengasas OTAI 66-70 SMGP
Gambar Dato Rashid bin Harun terkini.
Orang kuat yang menjayakan Group OTAI 66-70
                                 Tn.Hj. Abdil Ghani                                  Tn. Hj. Sham
                                Tn.Hj.Kamaruddin                        Tn.Hj.Ismail

Kenangan abadi kami di sini...

Sahabat 
Sahabat adalah orang yang memiliki rasa tanggungjawab terhadap diri kita, tetapi tidak memiliki hubungan darah. Dalam erti kata lain, sahabat bukan terdiri daripada adik-beradik tetapi berupaya mewujudkan hubungan yang mirip hubungan persaudaraan antara adik-beradik. 
Sahabat adalah orang yang banyak memberi manfaat dan kebaikan kepada kita, dan kita juga begitu.
Sahabat adalah seorang yang setiakawan, boleh membantu apabila kita berada di dalam kesusahan, meredakan kesedihan ,menghilangkan kebimbangan dan sanggup berjuang demi kebaikan kita. 
Sahabat adalah orang yang mampu menyimpan rahsia dan keaiban kita. Mereka akan sentiasa melindungi kita.
Sahabat tidak semestinya memiliki minat atau pendapat yang sama dengan kita, tetapi mereka akan sentiasa ada apabila kita memerlukannya. 
Sahabat adalah orang yang membuatkan berasa selamat apabila mereka ada bersama-sama, sebab mereka adalah orang yang sangat setiakawan. 
Sahabat adalah orang-orang yang sangat menyayangi kita.
Sahabat kadangkala adalah penjaga, pelindung dan semangat mereka akan sentiasa ada bersama kita.

Aktiviti kami yang pertama.....

PERJUMPAAN PERTAMA...
Perjumpaan kami selepas Group OTAI 66-70
 ditubuhkan,,, 30.8.2014
Kenangan bersama dengan cikgu Hj.Samad,cikgu  Hj.Miad, Cikgu Hajah Noriah dan cikgi Hjh Zainah serta rakan-rakan OTAI  yang sudah lama tidak bertemu..
kenangan lalu



Aktiviti kami yang kedua.....


Perjumpaan pada 15.November 2014
Di Restoran kepunyaan Tuan Hj.Sham *Restoran AREENA*
Di Restoran Tuan Hj.Sham.... Terima kasih Tuan Haji... Segala budi baikTuan Haji hanya Allah jua yang mampu membalasnya... Insyaalla. Kami doakan agar keluarga Tuan Haji sentiasa di dalam perlindungan Allah jua  Aamiin,,



sekali  ada kawan bertandang
seronok pagi sampai ke petang
segala cerita mahulah dicanang
pelbagai kisah susah dan senang
sesekali jumpa sahabat lama
tersedar diri semakin dewasa
berlalu sudah zaman remaja
hilang sudah darah bergelora
sesekali kedut muka dipandang
bergelak ketawa tidak terhalang
tiada cukup keropok sedulang
bersilih ganti minuman dituang
sesekali berkumpul seperti ini
rasa gembira berbunga di hati
terpadam rindu hilanglah sunyi
hari nak siang tidaklah sedar
sesekali mengimbau kisah dahulu
terkadang sedih terkadang lucu
mungkinkah lagi sempat bertemu
sebelum dijemput Tuhan Yang Satu
Menu utama yang dihidangkan oleh Tuan Haji Sham ialah Burasak (makanan tradisional kaum Bugis) dan asam pedas ikan parang serta rendang daging...Masih terasa lemaknya 
di tekak ini...Terima kasih Tuan Haji Sham...
Hidangan sampingan yang sempat di hidangkan,,,