Assalammualaikum...

Syukur alhamdulliah ....
Kepada semua pembaca yang saya hormati . Jutaan terima kasih saya ucapakan pada kalian, kerana sudi melayari Laman Blog saya. Dikesempatan ini ingin saya sampaikan , bahawa blog saya adalah sekadar mengisi masa lapang dan tidaklah terlalu berbentuk ilmiah. Sekiranya terdapat kesilapan tata bahasa atau ejaan, saya dengan rasa rendah diri mohon ampun dan maaf kepada anda semua.

Selamat melayari Laman Blog saya. Jumpa lagi....

14 Disember 2012

Resepi lagi...




Serunding daging...

Bahan-bahan:
150 gm
daging lembu, hiris nipis melawan jalur (daging segar lebih enak)
1
cawan kelapa parut
3 cm
halia
1
sudu teh biji ketumbarsangan tanpa minyak
3
bawang merah
1
sudu teh jintan putih
1
sudu teh udang kering
2
sudu makan asam jawa
Garam secukup rasa
2
sudu makan minyak masak

Cara
penyediaan:

1.
Tumbuk bawang merah, bawang putih, biji ketumbar, jintan putih, halia dan udang kering.
2.
Panaskan kuali, masukkan minyak. Setelah minyak berasap, masukkan bahan-bahan yang telah ditumbuk hingga naik bau.
3.
Masukkan daging dan kacau rata. Jika kuah kering sebelum daging empuk, masukkan air mendidih secukupnya. Masukkan garam secukup rasa.
4.
Masak menggunakan api kecil sehingga kering dan daging empuk.
5.
Masukkan jus asam jawa dan kacau sehingga kering
6. Gaulkan sehingga kering dan hidangkan.
  
Cara hidangan:
Boleh dimakan bersama nasi, ketupatlemang atau begitu saja

Cuti-Cuti 2012...





Aktiviti Cuti Sekolah seterusnya....

Assalammualaikum....

Setelah seminggu saya bermalam di rumah anak sulong saya di PJ kini  kami meneruskan aktviti sekolah selanjutnya... Kini destinasi yang kami tuju ialah ke negeri Cik Siti Wan Kembang pula. Kami berlepas dari Lapangan  Terbang Antarabangsa Senai tepat jam 10:30 pagi dan sampai jam 11:40 pagi.



Lapangan terbang antarabangsa Senai


Fire Fly  penerbangan Johor Bahru- Kota Bahru


Pemandangan dari udara (Senai)



Sempat melelapkan mata walaupun penerbangan agak singkat...



LAPANGAN TERBANG ANTARABANGSA SULTAN ISMAIL PETRA (LTASIP)



Selamat sampai di negeri Cik Siti Wan Kembang

Sebelum ke tempat penginapan menantu saya membawa kami menjamu selera 
di Restoran ini.


RESTORAN Nasi Ulam Kampung Kraftangan mungkin kelihatan sama seperti lain-lain kedai makan di Kota Bharu. Tetapi sebenarnya ia mempunyai daya tarikan tersendiri.

Menjamu selera di sini melengkapkan kunjungan saya ke negeri Cik Siti Wan Kembang. Kerana ..Di sinilah lokasi sesuai bagi mereka yang ingin menikmati hidangan sebenar selera orang Kelantan. Walaupun menunya ringkas, tetapi ia mencabar selera sesiapa sahaja termasuk mereka yang pertama kali ke negeri ini.




Photo: lunch time...




Si cucu sudah bersedia menyambut kedatangan neneknya....





Hospital Pakar Perdana KPJ Kota Bharu



Sebelum ketempat penginapan kami ke Hospital ini kerana besan saya menerima rawatan di sini. Saya doakan agar kesihatannya beransur pulih dan akan sihat seperti biasa.


Homestay Guesthouse Kubang Kerian Kota Bharu  - Image
Kami bermalam di Homestay ini...(Tt Inn Kota Bahru)
(Sumber:::Pak Google...)


Untuk bercuti di Kelantan saya rasa tiada masaalah untuk mencari tempat penginapan kerana  di sini banyak terdapat  perkhidmatan Homestay yang selesa dan harganya pun berpatutan...



Kami sempat juga ke Terengganu ke rumah sahabat anak saya....



Di Jertih , Terengganu.


Mereka menyediakan sarapan pagi untuk kami..Terima kasih Ila...



Masjid Kayu Dungun.


Menziarahi sahabat anakku  yang berada di Dungun...(Wani dalam pantang)
Terima kasih Wani kerana melayan kami sekeluarga...






Wah ...mama Raihan ada Hasyaa....tak jealous ke Raihan...
Lain kali nenek datang rumah Raihan pulak ye...



Pantai Kampong Kuala Abang, Dungun.


Indah dan mempesonakan....Kebesaran Illahi...



Masjid UniSZA terletak berhampiran Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) di Gong Badak, Kuala Terengganu. Sebelum ini dikenali sebagai masjid KUSZA





Perjalanan  antara Dungun ke Kota Bahru agak jauh...Sampai terasa  pinggang ni lengguh.
Si pemandu lagi le...tentu penat dia...Akhirnya kami mengalas perut di Restoran Ikan Bakar di Bachok Kelantan....
Ikan bakar Mani Abu..(Pertama kali saya dengar nama ikan ni....)
.(Ikan Mani Abu , ikan ni ala-ala ikan kerapu memang sedap dibakar)



Walaupun dalam keletihan masih sempat singgah di pasar borong Wakaf Che Yeh ni...
Sesiapa yang ke Kelantan, tak sah rasanya kalau tidak  pergi ke Pasar Borong Wakaf Che Yeh ni. Ada apa di sini?  Wuiihh, macam-macam ada lah, apa kata kita tengok gambar je?



Wakaf Che Yeh,Kota Bharu, Kelantan tempat shopping yang begitu popular di Kelantan





Hai si buah delima....





Bik Liza....samapi juga hajat awak memesan serunding daging Kelantan...



Syukur alhmadulliah besan saya sedah dibenarkan pulang ke rumahnya....Saya doakan agar beliau akan sihat seperti biasa...amin...





Bersambung........cukup untuk kali ini ya....