Assalammualaikum...

Syukur alhamdulliah ....
Kepada semua pembaca yang saya hormati . Jutaan terima kasih saya ucapakan pada kalian, kerana sudi melayari Laman Blog saya. Dikesempatan ini ingin saya sampaikan , bahawa blog saya adalah sekadar mengisi masa lapang dan tidaklah terlalu berbentuk ilmiah. Sekiranya terdapat kesilapan tata bahasa atau ejaan, saya dengan rasa rendah diri mohon ampun dan maaf kepada anda semua.

Selamat melayari Laman Blog saya. Jumpa lagi....

11 Disember 2014

Renjis - renjis di pilis...






Beretmu kembali di entry yang bertuah ini.  Di kesempatan ini saya menyusun jari sepuluh andai ada kata-kata yang menyinggung perasaan  saudara semua.

Tanggal 6 Desember  2014 ....melakar sejarah  indah buat Atikah dan Ismail untuk mengakhiri zaman bujang mereka.  Syukur alhamdulliah dengan limpah dan kurniaNya mereka telah di satukan sebagai pasangan suami isteri.   Dipanjatkan doa restu agar mahligai bahagia yang mereka bina atas dasar saling mencintai akan berkekalan hingga ke Jannah... Aamin..

Selamat Pengantin Baru
Bernama perkahwinan itu
Adalah ikatan setia murni
Bertapak pada naiwaitu suci
Berdiri atas kasih tulus
Berpaut dipuncak munajat di persada kerukunan
Demi keharmonian hakiki demi  kebahagian abadi 
Dibahu kalian sebenarnya tergenggam kewajipan
Corakkan dengan cermat dan nikmat
 Dijiwa  kalian sebenarnya 
Terkandung harapan
Hiasi dengan kecerdikkan dan kecantikkan
Kelak
Kalian rasai senang dan tenang
Semoga jodoh berkekalan bahagia berpanjangan 
Dirahmati dan diberkati Tuhan...


Bertahtanya  Raja Sehari

Ya Allah,
Dengan limpah pengampunanMu,
Juga lautan kemuharanMu,
Telah engaku jodohkan salah seorang hambaMu
Di atas muka bumiMu ini,
Bertemu mereka atas ketaaan kepada Mu
Berkumpul mereka atas berbakti pada agamaMu
Kasih sayang terpatri anatara mereka keranaMu..

Ya Allah
Lembutkandan tabahkan hati pasangan pengantin ini
Dalam mengharungi bahtera perkahwinan
Kurniakan mereka ana-anak yang soleh 
Keturunan yang baik lagi terpuji
Mengamalkan suruhanMu
Menjauhi laranganMu
Keturunan yang tegar mengamalkan sunnah kekasihMu
Pemimpin dalam terang
Pembimbing dalam cahaya
KekasihMu, kekasih kami,
Nabi Mulia Junjungan Semesta Alam Saidina Muhammad SAW.

Ya Allah
Pautkan hati mereka berdua
Seperti kau pautkan gunung di belakang bumi
Alirkancinta mereka berdua
Seperti aliran sungaiMu yang segan mengering
Suburkan kasih sayang mereka berdua
Seperti suburnya dedaun menghijau bentangan dunia ini
AminYa Rabbal 'Alamin.
Bacaan doa oleh Mejar (B) saudara Lokman bin Abdullah



Selamat berbahagia semoga menjadi keluarga Sakinah,Mawwadah dan Selamat berbahagia menempuh hidup baru,,




Untuk tetamu yang hadir
Hantaran

Syukur alhamdulliaha dapat juga ayahndaku menghadirkan diri...
Selamat pengantin baru daripad a semua bibik-bibik
Keluarga Bibik Aidah



Keluarga Bibik Nita
 Keluarga Bibik Liza

Keluarga ayah busu

Keluarga Bibik Nor
Bersama Mak Long




Jejaka tanpan...
Apa yang dibincangkan si gadis cilik ni..

Ikut arahan ketua...


Merakam kenangan bersama saudara mara yang meraikan majlis... 
Terima kasih kepada semua yang hadir.










Pengantin segak berbaju biru,

Atas pelamin asyik berangan,

Ku ucap SELAMAT PENGANTIN BARU,
Semoga bahagia kedua pasangan,

Pengantin lelaki berbaju jingga,
Nampak segak, tampan dan lawa,
Ku ucap SELAMAT BERUMAHTANGGA,
Semoga kekal ke hujung nyawa,

Kedua mempelai nampak berseri,
Sedondon pakaian si merah hati,
Kini kau sudah bergelar isteri,
Tugas yang berat sedang menanti,

Bawah khemah pengantin berteduh,
Siap berkeris juga bertanjak,
Kini kau sudah bertemu jodoh,
Rancanglah hidupmu hai dengan bijak,

Jemputlah tuan jamah makanan,
Silalah duduk janganlah malu,
Pada sang isteri ku tinggal pesanan,
Sayangilah suami taati selalu,

Pada si dia hati terpikat,
Ijab dan kabul buktinya cinta,
Hidup berdua mesti sepakat,
Elakkan dari segala sengketa,

Tak kira miskin dan juga kaya,
Ke rumah kenduri menjamu selera,
Hidup berdua saling percaya,
Tabah hadapi segala gelora,

Sungguh segak suami idaman,
Atas pelamin tersipu malu,
Supaya hidup berdua aman,
Bertolak ansur amalkan selalu,

Sanak saudara jauh dan dekat,
Ke rumah pengantin itu matlamat,
Supaya hidup mendapat berkat,
Sabar dan setia jadikan azimat,

Semoga majlis mendapat rahmat,
Doa dari para tetamu,
Supaya kasih bertambah nikmat,
Solat berdua jangan kau jemu,

Atas pelamin diam membisu,
Dua pengantin nampak sepadan,
Usah bertindak mengikut nafsu,
Kelak menyesal merananya badan,

Dari Penang ke Negeri Sembilan,
Tol sempadan banyak kau redah,
Hidup berdua seiring sejalan,
Saling membantu bawa faedah,

Nasi dalca dan sambal kuini,
Buat hidangan suami dan isteri,
Terimalah pantun dariku ini,
Buat pengantin raja sehari,




,