Assalammualaikum...

Syukur alhamdulliah ....
Kepada semua pembaca yang saya hormati . Jutaan terima kasih saya ucapakan pada kalian, kerana sudi melayari Laman Blog saya. Dikesempatan ini ingin saya sampaikan , bahawa blog saya adalah sekadar mengisi masa lapang dan tidaklah terlalu berbentuk ilmiah. Sekiranya terdapat kesilapan tata bahasa atau ejaan, saya dengan rasa rendah diri mohon ampun dan maaf kepada anda semua.

Selamat melayari Laman Blog saya. Jumpa lagi....

16 Disember 2011

Rajin-rajin ke dapur...


Ayam Lemak Cili Api (Cara saya)....

Bahan - bahan:
1ekor ayam (tos selepas dibersihkan) 2 batang serai (diketuk) Kunyit hidup (sebesar ibu jari - ditumbuk) 20 tangkai Cili padi (ditumbuk) 4 biji tomato- dipotong tak terlalu nipis Asam keping Daun kunyit Santan

Cara - cara:
1. Kisar cili padi dan kunyit hidup hingga halus. 2. Masukkan ayam dalam kuali -
keringkan airnya.
Kalau nak tau air ayam tu kering ke tak, ayam tu dah tak nampak macam
daging mentah
,dah jadi warna putih-putih gitu.
3. Masukkan serai dititik, dan cili padi + kunyit hidup yang dah dikisar serta asam keping.

4. Masukkan santan
5. Api kecik je tau dan masaklah hingga masak....


Cili api


Kunyit basah


Cili api dan kunyit yang dikisar

Ayam yang di keringkan airnya, warnanya keputihan.




Asam keping /gelugur


Serai

Santan

Tomato segar


Lemak cili api hampir siap




Sudah siap.....
Dah boleh makan.

Catatan: Jikalau mencuba tapi tak sedap jangan marah...
Maaf juga kalau ejaan salah...

15 Disember 2011

Sajak Untuk Mu Suamiku

Suamiku…
Usah gusar
Bila melalui jalan sukar
Kerana kita harus sedar
Hidup tidakkan mudah
Jika semangat kita lemah…

Suamiku…
Usah membisu
Jika ada rasa terbuku
Bukankah kita ditakdirkan bersatu
Berkongsi rindu dan sendu
Kerana kita harus tahu
Beratnya beban menanggung pilu…

Suamiku…
Memang tidak mudah
Untuk memulakan alam baru ini
Tetapi kita tongkah dengan seribu tabah
Dan…semusim sudah kita bersama
Semua yang pahit jadi indah
Bila haluan kita searah…

Suamiku…
Menjelang malam ini
Ingin kupinjam cahaya bintang
Biar ia menyinar
Hingga ke siang
Kerana kilaunya adalah
….KASIH SAYANG ISTERIMU





Lontong......


Hai Si Lontong pulak......

Masa musim cuti sekolah ni masih sempat lagi kita melayan selera anak-anak. Tamabahn pula anak -anak semuanya berkumpul di rumahkami.. Hari ini saya sempat menyediakan sarapan pagi dengan membuat 'lontong'......Kedua-dua menantu saya mereka tidak berapa biasa bersarapan dengan lontong. Mungkin lama kelamaan mereka akan menggemari juga makanan orang selatan semenanjung ni. Untuk membuat kuah lodeh tempe dan tahu adalah bahan utama.Jika kedua-dua bahan ini tiada kuah lodeh kurang enak rasanya...



Tauhu

Tempe yang sudah di potong


Tempe yang masih dibungkus



Kuah Lodeh



Cara-cara Membuat kuah LODEH

Bahan-bahan ( 10 orang )

  • Bahan yg dikisar halus # :-
  • #10 tangkai cili kering
  • #2 biji bawang besar
  • #2 ulas bawang putih
  • #1 jari kunyit hidup
  • #2 sudu udang kering
  • #2 sudu ikan bilis
  • sedikit belacan - jika suka
  • 2 batang serai - dititik
  • 4 helai daun salam
  • 200 g udang hidup yang dikupas kulit
  • Bahan sayur di potong kecil ikut cara masing-masing :-
  • 1/2 biji kobis
  • 8 batang kacang panjang
  • 1 batang lobak merah
  • 1 biji sengkuang kecil
  • 1 biji terung panjang
  • 1 keping tahu kering - rendam
  • 1 biji sengkuang
  • 4 biji kentang
  • 4 keping tauhu - di potong kecil dan goreng
  • 4 keping tempe - dipotong dan digoreng
  • 2 ikat su'un - direndam
  • lada merah dan hijau - dipotong serong
  • 2 ltr santan pekat dan cair - drpd 3 biji kelapa
  • air secukupnya
  • garam secukup rasa
  • 1/4 cawan minyak utk menumis

Cara-cara

  1. Panaskan minyak dlm periuk dan tumis bahan2 kisar dan serai hingga wangi.Masukkan udang dan tumis lagi dan masukkan santan,daun salam,lengkuas dan masak hingga mendidih.
  2. Masukkan sayur-sayuranan bermula dengan yang keras dulu dan tambah air secukupnya hingga sayur tenggelam. Bubuh garam secukup rasa dan masak lagi hingga mendidih dan sayur lembut.

  3. Hidang sayur lodeh dengan lontong,ketupat atau nasi himpit dan juga sambal tumis dan serunding.

Catatan: Maaf jika ada kisalapan ejaan dan tatabahasa.

14 Disember 2011

SARAPAN PAGI...

Oi Si Nasi Lemak...




Sudah lama rasanya saya tidak memasak nasi lemak. Malam tadi anak bongsu saya menyarankan agar saya memasak nasi lemak untuk buat sarapan pagi .Nasi lemak adalah kegemarannya. Biasanya di kala tekak teringin makan nasi lemak kami hanya membeli di gerai tepi jalan di pinggir taman perumahan dekat dengan rumah. Nasi lemak beli ni jarang dapat yang betul-betul sedap. Malah isinya pula terlalu kedekut. Kadangkala nak cari seekor ikan bilis pun payah. Telur pula dapatlah sehiris kecil. Sambalnya pula kekadang tidak mengena selera .

Seronok memasak nasi lemak ni, dapat buat mengikut selera kita sendiri. Walaupun cara memasaknya sangat mudah tapi bagi anak-anak saya ia adalah sesuatu hidangan yang istimewa. Apalagi berserta bahan sampingan seperti ayam goreng, sambal sotong, sambal kerang, ulam-ulaman dan sebagainya…Berlainan pula dengan kakak ipar saya bila beliau memasak nasi lemak salah satu lauk yang pasti ada ialah 'Nyambel' kata orang jawa iatu kentang,tomato,bawang dan lada hijau di potong dan digoreng bersama telur....

Ini tips yang ingin saya kongsikan… kunci keenakkan nasi lemak terletak pada sambalnya. Nasi, jika kurang santan atau kurang masin ianya tidak menjadi soal. Tetapi sambal kurang sedap maka kurang sedaplah juga nasi lemak kita.

Bila memasak fokuslah 90 peratus pada sambalnya. Bermacam-macam cara untuk membuat sambal enak.


Berikut adalah tips untuk membuat sambal kita menjadi enak.

1. Jangan mengunakan cili boh atau cili giling tersedia kerana bahan pengawetnya akan memcacat rasa. Gunalah cili kering yang dikisar sendiri.

2. Gunakan banyak bawang besar kerana ia akan mengurangkan kepedasan dan menambah manis secara semulajadi.

3. Semasa menumis cili dan bawang besar pastikan pastikan ia benar-benar masak atau naik minyak sehingga mengeluarkan bau tumisan yang harum.

4. Imbangi rasa sambal anda dengan meletakkan sedikit air asam jawa. Jangan terlalu banyak kerana rasa masam yang keterlaluan akan mencacatkan rasa sambal anda.

5. . Untuk lebih enak tambahkan ikan bilis yang telah di goreng untuk dimasukkan di dalam sambal. Semasa menghidang sambal jangan kedekut untuk taburkan ikan bilis goreng di atas sambal untuk mengekalkan kerangupannya.

6. Sesuaikan rasa garam, gula dan sedikit masam pada sambal. Boleh tambah serbuk perasa jika anda suka kerana ia akan menambah kelazatannya. Jika anda tidak suka pastikan ikan bilis atau udang kering diletakkan lebih sedikit pada sambal.

Semoga tips ini membantu anda..

Resepi Nasi Lemak

Bahan untuk nasi;

3 cawan beras
1 cawan santan
3 cawan air ( anggaran saja – kadar air ikut jenis beras yang anda guna, boleh tambah jika di perlukan)
3 hiris halia
1 helai daun pandan
3 ulas bawang merah ( di hiris)
sedikit garam

Cara-caranya
* Campurkan semua bahan di dalam rice cooker dan masak seperti biasa.

Bahan Untuk Sambal;

6 sudu besar cili giling
3 biji bawang merah – ditumbuk
2 ulas bawang putih – ditumbuk
2 biji bawang besar – 1 biji bawang ditumbuk dan 1 biji bawang besar hiris
segenggam ikan bilis ( sebahagian di tumbuk, sebahagian lagi di goreng )
sedikit air asam jawa
sedikit belacan jika suka
sedikit garam, gula dan perasa

Cara membuat sambal;

  1. Tumis cili giling, bawang merah, bawang besar, bawang putih, ikan bilis dan belacan hingga pecah minyak.
  2. Masukkan air asam, bawang besar hiris dan sedikit air agar sambal tidak terlalu pekat.
  3. Bila sudah mendidih sesuaikan rasa dam masukkan ikan bilis yang telah di goreng.

Bahan sampingan lain;

ikan bilis goreng
timun – dihiris
kacang tanah
telur rebus

Selamat mencuba!





CATATAN; Mohon maaf jika ada perkataan yang salah eja atau tatabahasa yang kurang tepat al maklumlah yang menaip ini dah bertaraf nenek-nenek...


13 Disember 2011

Sekolah Kebangsaan Murni Pok, Gelang Patah

Sejarah Sekolah

Bermula pada tahun 1957 apabila Allahyarham Encik Atan bin Tendut memberikan sebidang tanah seluas satu ekar bertujuan untuk membina sekolah. Pembinaan sekolah ini telah diusahakan oleh sebuah Jawatankuasa Penubuhan sekolah dengan dipengerusikan oleh Encik Jaafar bin Haji Ali, Ketua Kampung Pok Besar ketika itu. Maka dengan ini, tertubuhlah sebuah sekolah yang diberi nama ‘ Sekolah Kebangsaan Kenangan Murni Pok’. Nama sekolah ini adalah mengambil sempena daripada hasrat penduduk Kampung Pok ini yang telah mendirikan sekolah ini dengan cara bergotong-royong dengan perasaan yang suci murni dan sekolah ini juga menjadi kenang-kenangan warisan penduduk Kampung Pok di masa hadapan. Sekolah ini juga merupakan untuk faedah penduduk Kampung Pok khasnya.

Untuk mendirikan Sekolah Kebangsaan Kenangan Murni Pok ini, semua penduduk Kampung Pok bermurah hati menderma dan wang yang dapat disumbangkan ialah sebanyak RM 1,200.00 dan daripada wang itulah telah dapat didirikan sebuah sekolah yang bertaraf sekolah rakyat

Sekolah Kebangsaan Kenangan Murni Pok didirikan di atas sebidang tanah yang luasnya kira-kira satu ekar yang telah dihadiahkan oleh Encik Atan bin Tendut (telah meninggal dunia). Beliau adalah bekas Ketua Kampung Pok Kecil.

Penduduk Kampung Pok Kecil, Pok Besar dan Paya Mengkuang, didapati mempunyai ramai anak-anak yang bersekolah. Anak-anak mereka terpaksa bersekolah di Kampung Tanjung Adang. Perjalanan dari Kampung Pok ke Tanjung Adang amatlah sukar. Oleh yang demikian penduduk Kampung Pok ini berhasrat untuk mendirikan sebuah sekolah sendiri. Sekolah ini adalah untuk memberi kemudahan kepada anak-anak penduduk kampung ini. Di samping itu, ketika itu masih ada lagi kesan-kesan darurat. Oleh itu bagi menjaga keselamatan anak-anak mereka, sebuah sekolah perlu didirikan di kampung ini.

Kira-kira pada awal September 1957, Jawatankuasa Pembinaan Sekolah bersama-sama penduduk kampung bergotong-royong membersihkan tapak bangunan sekolah. Pokok-pokok getah ditebang, mereka mengambil bahan-bahan tempatan seperti kayu-kayu hutan dan daun nipah untuk mendirikan sebuah sekolah. Bentuk sekolah ini bertiangkan kayu bulat, berdindingkan papan dan beratapkan nipah serta berlantaikan simen. Panjangnya kira-kira 60 x 20 kaki dan telah siap pada akhir bulan September 1957.

Penduduk Kampung Pok Kecil, Pok Besar dan Paya Mengkuang, didapati mempunyai ramai anak-anak yang bersekolah. Anak-anak mereka terpaksa bersekolah di Kampung Tanjung Adang. Perjalanan dari Kampung Pok ke Tanjung Adang amatlah sukar. Oleh yang demikian penduduk Kampung Pok ini berhasrat untuk mendirikan sebuah sekolah sendiri. Sekolah ini adalah untuk memberi kemudahan kepada anak-anak penduduk kampung ini. Di samping itu, ketika itu masih ada lagi kesan-kesan darurat. Oleh itu bagi menjaga keselamatan anak-anak mereka, sebuah sekolah perlu didirikan di kampung ini.

Kira-kira pada awal September 1957, Jawatankuasa Pembinaan Sekolah bersama-sama penduduk kampung bergotong-royong membersihkan tapak bangunan sekolah. Pokok-pokok getah ditebang, mereka mengambil bahan-bahan tempatan seperti kayu-kayu hutan dan daun nipah untuk mendirikan sebuah sekolah. Bentuk sekolah ini bertiangkan kayu bulat, berdindingkan papan dan beratapkan nipah serta berlantaikan simen. Panjangnya kira-kira 60 x 20 kaki dan telah siap pada akhir bulan September 1957.

Sekolah ini telah dibuat oleh tukang-tukang tempatan seperti Tuan Haji Salleh bin Ahmad, Encik Abbas bin Pengawah dan Encik Bargong bin Sarmon.Sekolah ini telah diluluskan oleh Pejabat Pelajaran Johor Bahru dalam bulan Januari 1958 dan permulaan sekolah ini dibuka pada bulan Februari 1958. Ia mula beroperasi pada 8 Februari 1958 dengan bilangan muridnya seramai 58 orang di dalam 2 kelas iaitu kelas satu dan kelas dua, guru yang bertugas pada mulanya hanya seorang sahaja iaitu Cikgu Mohd. Said bin Abdul Hamid dan kemudiannya ditambahkan dengan beberapa orang guru lagi.

Satu perubahan berlaku, iaitu pada awal tahun 1960, Jabatan Kebajikan Masyarakat Persekutuan Tanah Melayu melalui wakil rakyat Parlimen Y.B. Dato’ Sulaiman bin Haji Abdul Rahman telah meluluskan peruntukan sebanyak RM 3,000.00 untuk mendirikan bangunan baru bagi menggantikan bangunan lama. Bangunan ini berukuran 100’ x 20’. Bangunan ini berdindingkan papan dan beratapkan zink.Guru Besar pada masa itu ialah Encik Mohammad Amin bin Idris. Pada masa tahun 60an, murid sekolah itu telah bertambah daripada asalnya 58 orang kepada lebih daripada 120 orang murid.

Kemudian, bantuan yang tidak pernah putus itu datang sekali lagi pada tahun 1969. Kali ini melibatkan Kementerian Pelajaran melalui Jabatan Pelajaran Negeri Johor telah meluluskan peruntukan kewangan sebanyak RM 84,000.00 dan dengan wang peruntukan tersebutlah didirikan sebuah bangunan baru 2 tingkat dan bangunan inilah yang terdiri sehingga kini. Dengan adanya bangunan baru ini, ia dapat menampung lagi murid-murid dari masa ke semasa. Walaupun telah ada bangunan ini tetapi masih ada kekurangannya dan pada tahun 1983 sekali lagi melalui Jabatan Pendidikan Negeri Johor telah memberikan peruntukan wang sebnayak RM 120,000.00 untuk mendirikan sebuah bangunan tambahan iaitu bangunan kantin sekolah ini.

Dalam tahun 1989 pula, sekolah ini mendapat bangunan dari projek baru iaitu sebuah bangunan Pusat Sumber berjumlah lebih kurang RM 80,000.00 dan sebuah bangunan lagi mengandungi 4 bilik darjah dalam skim projek gotong-rotong dengan peruntukkannya sebanyak RM 50,000.00. Kedua-dua projek ini bermula dalam bulan Ogos 1989.

Sekolah ini nampaknya kecil tetapi ia telah melahirkan beberapa orang pelajar yang berjaya ke pusat-pusat pengajian tinggi (Universiti) yang menjadi kebanggaan kepada gur-guru dan penduduk-penduduk kampung ini dan menjadi sumber inspirasi kepada pelajar-pelajar di sekolah ini di masa akan datang.


(Info ini saya petik dari Profail Sekolah Kebangsaan Murni Pok)

Catatan:


Di sekolah ini lah saya belajar dari darjah satu 1960 hingga darjah enam 1966...

12 Disember 2011

PULUT PAUH ::

PULUT PAUH ::



Bahan-bahan:
360gm beras pulut
375ml santan
120gm gula
½ sudu teh garam
600gm mangga masak
1 sudu makan bijan

Cara memasak:
1. Cuci beras pulut dan rendam semalaman. Toskan.
2. Selepas itu masukkan ke dalam pengukus dan kukus sehingga masak.
3. Sementara itu didihkan santan di dalam periuk. Masukkan gula dan garam secukup rasa. Gaul rata hingga sebati dan mendidih. Angkat.
4. Hidangkan santan tadi bersama mangga yang telah dipotong dan pulut. Sebelum itu taburkan bijan di atas pulut.
5. Sedia dinikmati.

(Pencuci mulut ini terkenal diutara semenanjung)...Sedap sesiapa yang menggemari pulut....

11 Disember 2011

BERCUTI FASA KE 111,.........

Cuti Sekolah Musim ini....

Cuti sekolah masih belum berakhir selagi itu percutian mesti diteruskan....Menafaatkan cuti ini sepenuhnya.....
Fasa kali ini ialah ke Kuala Lumpur ibu negara Malaysia. Cuma kali ini kami tidak berpeluang bercuti agak lama kerana kesuntukkan masa....Kami hanya sempat sekejap saja dan tidak berkesempatan untuk menziarahi keluarga terdekat. Kebiasaannya kami akan bermalam di rumah anak buah kami yang tinggal di Kuala Lumpur. Maaf lah pada cucu-cucu nenek, nenek tak sempat nak singgah di rumah kalian.....




Selesa juga bermalam di sini...

Makan malam di sini.....


Hidangan 'Pulut Mangga @ Pulut Pauh' yang menyelerakan....




Bubur 'Longcong'
(tempat kita dikenali dengan nama bubur 'caca' juga menyelerakan...
makin bertambah berat badan...



'Ikan Pek Khap Krao' boleh tahan pedasnya....
naik ke telinga...







'Tom Yam'


Sotong goreng celup tepung...

Kailan goreng...





Sarapan pagi di sini....



Di sini pun ada rojak singapura....




'Tosai'






Terlanjur kami ke Kuala Lumpur sempatlah kami ke Klang untuk menemani anak perempuan saya untuk mengambil sijil SPMnya di Kolej Alam Shah (KISAS)




Kolej yang menjadi idaman pelajar..



















Keindahan Putra Jaya
Lambang kemegahan negara Malaysia....





ALAHAI SI BINJAI


Binjai,

Nama saintifiknya ialah Mangifera caesia merupakan spesies tumbuhan berbunga dalam keluarga, Anacardiaceae. Binjai tergolong dalam genus yang sama dengan mangga dan ditanam di Malaysia, Indonesia, Singapura, Brunei, Papua New Guinea, Kerala dan Filipina. Pokok binjai dapat membesar sehingga 30 m (100 ft) tinggi. Bunganya berwarna ungu atau merah jambu, 0.7 cm panjang dengan lima sepal. Buahnya besar, boleh dimakan dan berbentuk elips (bulat bujur) 10-15 cm (4-6 in) panjang dan 6-8 cm (2-3 in) lebar. Kulit buahnya nipis dan berwarna perang dengan tompok gelap, dan isinya putih kekuningan, lembut, dan berbau kuat dengan rasa masam manis atau masam.


Di kampong saya buah binjai juga di kenali dengan nama buah 'Kemang'......
Ada buah kemang yang masam dan juga yang manis,yang manis sedap di makan begitu saja seperti makan buah mangga....yang masam sedap dibuat sambal belacan.....


Resepi Sambal Belacan Buah Binjai

Semua ni main lebur aje...tak pakai sukat... So agak2ler yer
Bahan2nya :-
Lada merah segar dibuang biji cuci dan toskan
Belacan digoreng dengan sedikit minyak jelantah
Sebiji buah binjai masak
Lada ditumbuk lumat dan masukkan belacan dan akhir sekali buah binjai. jika suka boleh dibubuh gula sedikit.


Makan dengan nasi putih dan ikan keringpun sedapppp

Mertua lalu di belakang pun tak nampak....

Selamat mencuba....