Teman itu seperti bintang Tak selalu nampak Tapi selalu ada dihati, Sahabat akan selalu menghampiri ketika seluruh dunia menjauh Karena persahabatan itu seperti tangan dengan mata Saat tangan terluka, mata menangis Saat mata menangis, tangan menghapusnya
Assalammualaikum...
Syukur alhamdulliah ....
Kepada semua pembaca yang saya hormati . Jutaan terima kasih saya ucapakan pada kalian, kerana sudi melayari Laman Blog saya. Dikesempatan ini ingin saya sampaikan , bahawa blog saya adalah sekadar mengisi masa lapang dan tidaklah terlalu berbentuk ilmiah. Sekiranya terdapat kesilapan tata bahasa atau ejaan, saya dengan rasa rendah diri mohon ampun dan maaf kepada anda semua.
Selamat melayari Laman Blog saya. Jumpa lagi....
13 Ogos 2012
Cornflake Madu…..
Cornflake Madu…..
Salam petang buat semua..bersiaran sekali lagi saya pada petang sabtu ini...sementara ada kesempatan boleh la nak masukkan
entry cornflake honey yang saya baru buat sebentar tadi. Sebenarnya kami tiga beranak memang dah terasa letihnya….manakan tidak letihnya separuh hari kami mengemas dapur,alih sana dan alih sini…Tapi kena juga buat petang ni jika tak alamat tak menjadilah kuih raya kami tahun ni.
Cornflake Madu kegemaran kami sekeluarga…makan la nak puas-puas selagi korang boleh makan dan suka...mau taknyer suka rasanyer
yang lemak-lemak
butter wangi gitu dan manis-manis bermadu...pehhh menggoda
yang tidak boleh nak makan banyak ni pun
boleh makan sedap weiiiii garing dan wangi bau
butter tak boleh tahan..
Hasil usaha kami tiga beranak
Cornflake Madu...
Bahan-Bahan:
5 cawan - cornflake (saya guna KelloggCornflake)
1/2 cawan gula pasir
1/2 cawan butter
4 sudu makan madu
mangkuk kertas kecil secukupnya
Cara:
1. Masak butter, gula dan madu dalam periuk dengan api yang kecil, gunakan senduk kayu kacau kan hingga butter mencair dan mendidih bersama gula dan madu tadi. Bila dah agak berbuih-buih padamkan api.
2. Masukkan cornflake ke dalam butter berkaremel tadi dan gaul rata dan sebati.
3. Sudukan cornflake ke dalam mangkuk kertas dan buat hingga habis
4. Bakar dalam oven lebih kurang 15-20 minit dan sejukkan.. Simpan dalam bekas kedap udara dan anak2 pasti suka makan..

Langgan:
Catatan (Atom)