Assalammualaikum...

Syukur alhamdulliah ....
Kepada semua pembaca yang saya hormati . Jutaan terima kasih saya ucapakan pada kalian, kerana sudi melayari Laman Blog saya. Dikesempatan ini ingin saya sampaikan , bahawa blog saya adalah sekadar mengisi masa lapang dan tidaklah terlalu berbentuk ilmiah. Sekiranya terdapat kesilapan tata bahasa atau ejaan, saya dengan rasa rendah diri mohon ampun dan maaf kepada anda semua.

Selamat melayari Laman Blog saya. Jumpa lagi....

20 Disember 2012

Cuti-Cuti 2012

Masih bercuti.... Ke Jurong Bird Park Singapore...

Jika minggu lepas kami bercuti  ke negeri Cik Siti Waan Kembang, kali ini kami destinasi percutian kami ialah  ke Kota Singa. Walaupun kami sering  ke Kota Singa tapi kami tidak lagi  berkesempatan untuk berkunjung ke Taman Burung Jurong.



Jurong Bird Park adalah taman burung yang terbesar di seluruh dunia. Sedikit sejarah Jurong Bird Park, dibuka pertama kali pada Januari 1971 di lahan seluas 20.2 hektar. Dana yang digunakan pertama kali sewaktu membangun taman ini sebesar S$3,5 juta, belum termasuk biaya tanah taman ini. Konsep taman ini didesain agar para pengunjung bisa berjalan-jalan mengeliling berbagai varian burung yang berasal dari Asia Tenggara, Afrika, Amerika Selatan dan Lory Loft.


Harga tiket masuk ke Jurong Bird Park:
S$18.00 (dewasa), S$9.00 (anak 3 – 12 tahun)
Tiket Panorail:
S$5.00 (dewasa), S$2.50 (anak 3 – 12 tahun)
Jam Buka:
8.30 pagi – 6.00 petang  setiap hari













A pair of Rainbow Lorikeets rest on a birch at the Jurong Bird Park in Singapore.







19 Disember 2012

Solat

SOLAT ITU TIANG AGAMA & AMALAN PALING UTAMA.

Sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud:
"Hal
pertama yang diwajibkan oleh Allah atas umatku adalah solat lima waktu. Hal pertama yang akan diangkat dari amal umatku adalah solat lima waktu."

*
Ajarlah anak-anak bersolat seawal yang boleh. Mereka adalah harta kita yang sebenar & amanah dariNya. Semoga seluruh keluarga kita selamat dari api neraka & demikian juga sama-sama kita doakan juga semua sahabat, saudara-mara, jiran tetangga, rakan sekerja serta seluruh ummat Muhammad




               

                                 




MEREKA YANG JAGA & MENGUTAMAKAN SOLAT ADALAH LEBIH MANUSIA YANG PALING BIJAK & LEBIH SIHAT! 

Bila masuknya waktu mengadapNya, tanpa bertenggah terus melaksanakan solat walau di mana & bagaimana keadaan kita, solat tetap WAJIB & perlu disegerakan... InsyaAllah jika sentiasa diamalkan, diri seseorang akan lebih bijak semasa di dunia & lebih tinggi daya tahannya terhadap masalah & bebas dari serangan stres/depres yang merupakan penyakit jiwa yang paling senang menyerang manusia, paling merbahaya & paling sukar dirawat!