Teman itu seperti bintang Tak selalu nampak Tapi selalu ada dihati, Sahabat akan selalu menghampiri ketika seluruh dunia menjauh Karena persahabatan itu seperti tangan dengan mata Saat tangan terluka, mata menangis Saat mata menangis, tangan menghapusnya
Assalammualaikum...
Syukur alhamdulliah ....
Kepada semua pembaca yang saya hormati . Jutaan terima kasih saya ucapakan pada kalian, kerana sudi melayari Laman Blog saya. Dikesempatan ini ingin saya sampaikan , bahawa blog saya adalah sekadar mengisi masa lapang dan tidaklah terlalu berbentuk ilmiah. Sekiranya terdapat kesilapan tata bahasa atau ejaan, saya dengan rasa rendah diri mohon ampun dan maaf kepada anda semua.
Selamat melayari Laman Blog saya. Jumpa lagi....
30 Disember 2012
Berakhirnya cuti-cuti 2012 fasa 4.....
Assalammualaikum dan selamat sejahtera....
Semasa di fasa 3 saya hanya menceritakan tentang Sungai Choa Praya kini kami sekeluarga ke ke Safari World pula yang jarak perjalanannya lebih kurang 40 minit dari hotel dengan menaiki bas pelancong. Kami bertolak lebih kurang jam 8:00 pagi waktu tempatan. Safari World Bangkok, adalah kebun binatang terbuka paling popular dan terbesar di Thailand, dengan luas 200 hektar, Safari World terdiri dari dua atraksi utama – Safari Park dan Marine Park.
Jika Anda belum pernah ke Afrika maka, Safari Park adalah pengalaman safari paling sesuai . Dengan menggunakan kendaraan Anda boleh melewati daratan-daratan yang dirancang seperti di Afrika, melihat ratusan binatang dari seluruh dunia
Semasa sampai di Safari World, Bangkok...
COWBOY SHOW MARINE PARK
Ini pula tempat persembahan Western Cowboy Stunt. Kalau tak nak kuyup tersimbah air, jjangan duduk betul-betul di depan gelanggang berhampiran perigi & bekas berisi takungan air tu. Lagi satu jangan terkejut beruk, binatang yang mula-mula keluar membintangi show ini ialah sekumpulan vavi, almaklumlah kunon-konon nya di ladang orang putih zaman dulu-dulu…
Pertunjukkan ikan lumba-lumba (DOLPHIN SHOW)
Hah, tengoklah tu... sesak, kan? Gelanggang sikit le punya besar tapi sampai kat tangga ada orang duduk, yang berdiri kat belakang pun ada...gara-gara nak tengok pertunjukan ikan lumba-lumba.....memang seronok...
Inilah julung-julung kalinya saya tengok ikan lumba-lumba buat persembahan. Macho aje lagak si jurulatih tu tunggang ikan tu. Mesti megah giler agaknya ...... entah-entah kat Asia ni dia sorang aje yang boleh buat macam tu. Atau saya yang dah ketinggalan zaman?
Safari Park
Struktur atap tu memang melengkapkan safari ni, nampak cantik pulak. Segala jenis haiwan adadi sini dan mereka hidup didalam kelompok kumpulan masing-masing.
Kumpulan singa ini sedang berehat, mungkin juga sedang menunggu untuk diberi. Kesian tengok perut perut singa yang melempeng kempis tu..
Terima kasih.....kita ikuti pengalaman seterusnya.....jumpa lagi....
29 Disember 2012
Berakhirnya cuti-cuti 2012 fasa 3
Assalasmmualaikum....
Jika semalam saya hanya berkesempatan menceritakan di sekitar tempat penginapan dan kenderaan awam di Bangkok, hari ini saya nak berkongsi pengalaman ke Sungai Choa Praya, Thailand pula...
Chao
Phraya artinya sungai raja (River
of Kings). Sesuai dengan namanya, Sungai Chao Phraya merupakan sungai terpanjang dan terpenting di Thailand, dengan panjang sekitar 372 kilometer. Sungai Chao Phraya merupakan pertemuan dari lima sungai kecil : Sungai Pa Sak, Sakae Krang, Nan, Ping, dan Tha Chin di daerah Nakhon Sawan yang berada di wilayah utara Thailand. Di sepanjang sungai yang membelah Kota Bangkok ini banyak terdapat Kuil Budha (dalam Bahasa Thai disebut Wat) yang cantik dan megah. Menyusuri Sungai Chao Phraya merupakan agenda wajib bagi para pelancong yang berkunjung ke Bangkok. Dengan naik perahu (kapal kayu) menyusuri Sungai Chao Phraya.
Pengkalan untuk menaiki bot untuk menyusuri Sungai Choa Praya
Orang dua beranak ni macam tak sabar aje nak naik bot....
Tok Itam...macam takut aje...
Merakam kenangan di pesisiran Sungai Choa Praya
Tidak terlalu lama juga menunggu perahu motor yang akan membawa kami menyusuri Sungai Chao Praya Bangkok. Kami tidak naik Cruise Ber AC, tetapi perahu motor (express boat)
dengan ukuruan yang agak besar, ada juga yang menyebutnya Bus.
Menyusuri sungai ini, terkenang saya dengan Sungai Melaka, (tapi saya tidak pernah menyusurinya) bezanya sungai Chao Phraya ini lebar luas dan bersih juga.
Pemandangan di sekitar Sungai Choa Praya
Pengunjung pasti tertawan dengan kepelbagaian pemandangan meliputi struktur dan warna warni bangunan termasuk masjid, kuil, gereja, hotel
dan kediaman penduduk di tepian sungai itu
Masjid Ansari Sunnah, Ton Son khazanah Islam Bangkok
Salah sebuah masjid yang terdapat di tepian Sungai Chao Praya
Sepanjang sungai ni kita boleh menikmati pemandangan kota bangkok. Di tebing sungai terdapat penempatan, boleh melihat pelbagai bangunan, bentuk rumah..dan lain-lain . Secara tidak alngsung dapat kita melihat kegiatan ekonomi penduduk kawasan ini.
Wat Arun berdiri megah di pesisiran Sungai Chao Praya Thailand. Bangunan ini diperbuat dari pecahan kaca berwarna dan porselen.
Tempat ini merupakan sebuah kuil tertua yang dibangun pada zaman kuno pada saat ibu kota Thailand masih di Ayutthaya dan awalnya dikenal sebagai Wat Makok. Salah satu lambang dari Kota Bangkok yang terkenal ini berada di tepi Sungai Chao Phraya.
Salah satu hotel (The
Peninsula Hotel) di tepi Sungai Chao Phraya
Antara pemandangan indah di sepanjang Menam Chao Phraya - Dawn
Temple
Terdapat juga peniaga di dalam sampan menjual pelbagai barangan...
Peniaga yang begitu gigih...
Diantara kediaman penduduk ....di pesisiran sungai...
Terdapat ribuan ikan keli di sungai ini (besar betul ikan keli...di sungai ini)...
Cukup setakat ini saya akan sambung lagi....tunggu ya..
Langgan:
Catatan (Atom)