Assalammualaikum...

Syukur alhamdulliah ....
Kepada semua pembaca yang saya hormati . Jutaan terima kasih saya ucapakan pada kalian, kerana sudi melayari Laman Blog saya. Dikesempatan ini ingin saya sampaikan , bahawa blog saya adalah sekadar mengisi masa lapang dan tidaklah terlalu berbentuk ilmiah. Sekiranya terdapat kesilapan tata bahasa atau ejaan, saya dengan rasa rendah diri mohon ampun dan maaf kepada anda semua.

Selamat melayari Laman Blog saya. Jumpa lagi....

04 Ogos 2012

Laksa Johor



Hai si Laksa Johor.............

Petang semalam semasa saya masih di Hospital Colombia menemani anak dan menantu saya, saya mendapat panggilan talefon daripada anak perempuan saya, beliau memberi tahu  datuknya menyarankan agar membuat laksa Johor untuk hidangan berbuka puasa.Disebabkan kesesakan lalu lintas amat teruk di bandaraya johor Bahru semalam jadi saya tidak sempat menunaikan permintaan ayahnda saya. Jadi hari ini  saya mempunyai kelapangan waktu dapatlah saya menunaikan permintaan beliau.

Laksa Johor ialah  makanan yang popular dan sinonim dengan masyarakat Johor .Laksa Johor berbeza dengan negeri-negeri lain di Malaysia kerana ia tidang menggunakan mi kuning atau mi laksa putih yang biasa digunakan bila kita menyediakan hidangan mi. Sebaliknya laksa Johor begitu sedap dimakan kerana ia menggunakan speggeti dan tidak muak bila dimakan.

Bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat kuah laksa Johor agak rumit dan mahal (ikan tenggiri paling baik tetapi boleh digantikan dengan ikan kembung). Kemungkinan sekali laksa Johor jarang sekali terdapat di pasar-pasar malam atau gerai makan kerana kos membuatnya lebih tinggi. Saya sering menerima permintaan untuk menyediakan laksa Johor ketika mengadakan rumah terbuka pada hari raya oleh teman-teman. Laksa Johor hasil air tangan saya sememangnya boleh tahan juga...keenakkannya. Saya paparkan salah satu resipi laksa Johor yang agak menarik untuk dicuba..



BAHAN-BAHANNYA

UNTUK 12-20 ORANG MAKAN
1 paket sphagetti (direbus dengan air dan 1 sudu besar minyak sehingga lembut)


sphagetti yang sudah direbus

**Bahan A - (direbus dan dimesin - asingkan) **

Ikan kembong + ikan parang - 1 kilo (ikan parang Jika tak ada pun tak apa)
udang basah 100gm
isi ikan kurau kering - 20 gram dibakar (kalau ada)
1 1/2 paket kecil udang kering 50gm( kalau ada)

 **Bahan B (dimesin)**

bawang besar - 3 biji
cili kering - 15 -20tangkai
halia - 2 ibu jari
lengkuas - 2 ibu jari & kunyit hidup - 2 ibu jari
serai - 2 batang dihiris halus dan dimesin
asam keping - 2 keping
santan pekat 1 kotak / paket atau lebih
1 paket kerisik
1 paket kecil rempah kari ikan (saya guna 2 paket)
bawang putih -3/4 ulas


**Bahan Hias**

limau kasturi belah 2 dan buang biji
timun di racik halus( ade juga yang potong keliling n jadi mamc bawang bila dipotong bulat)
tauge buang ekor (segar)
bawang besar hiris halus
lada merah/lada hijau dihiris
Daun kesum diracik halus


ulam-ulaman




** Sambal Belacan**

cili merah 5/6 biji +cili padi 5 biji
-Belacan melaka - 30 gram dibakar



CARA-CARANYA

1.rebuskan ikan, udang dan asingkan tulang dan mesin hingga halus bersama air rebusan

**Penyediaan kuah**

1.Tumis minyak dan masukkan bahan B hingga wangi
2.Bila garing, masukkan rempah kari dan kacau sebentar dalam 1/2 minit
3.Masukkan ikan/udang yang dimesin. 4.Masukkan santan pekat diikuti dengan 2
   mangkuk air dan
5.Masukkan asam keping
6.Tambah garam dan gula untuk rasa
7.Masak sehingga kuah pekat dengan api perlahan selama lebih kurang 1 - 1 1/2 jam. Lebih lama dimasak, kuah akan lebih tahan walaupun tak disimpan didalam peti sejuk






Kuah yang sudah dimasak

**Sambal belacan**
1. Mesinkan semua bahan dan hidangkan bersama ulam-ulamaman tu



 Inilah ayahnda saya yang teringin nak makan laksa Johor, kuih jongkong dan apa-apa yang terlintas di selera dia...


03 Ogos 2012

Nenek Oh nenek...



Saya rasa amat bahagia bila tercapai hasrat untuk menjaadi seorang nenek. Walau pun saya tidak dapat menyayangi rakan-rakan yang lain yang terlebih dahulu bergelar  datuk atau pun nenek tapi saya tetap bersyukur kehaderat Allah SWT kerana dengan limpah dan kurnianya saya dapat menekmti ertikata sebenar sebagai seorang nenek.  Jika tidak percaya dengan apa yang saya perkatakan cuba tanya kepad semua nenek dan datuk apakah perasaan mereka terhadap cucu-cucu mereka.....

Hospital Colombia Asia Nusajaya
(tempat kedua-dua orang cucu saya dilahirkan)



Pada 23 April 2012  tepat jam 7.15 malam hari isnin anak perempuan saya yang kedua selamat melahirkan bayi sulongnya. Cucu sulong saya dilahirkan di Hospital Colombia Asia.  SiComel  dilahirkan secara normal. Sicomel telah diberi nama Hasyaa Nur Dalili binti  Mohd Zulhairi oleh ibu dan papanya. Nama sicomel ini membawa maksud 'Pemimpin Yang Sempurna'. Mudah-mudahan nama ini akan memberi erti dalam hidup Hasayaa dan kedua ibu bapanya....


Hasyaa Nur Dalili binti  Mohd Zulhairi
(Semasa baru dilahirkan)


Hai Hasyaa.............





Hasyaa terkini...


Hasyaa dah pandai bergaya...



Selang tiga bulan sepuluh hari menantu sulong saya telah melahirkan pula cucu saya yang  kedua  . Dia dilahirkan tepat jam 5:45 petang hari khamis 2 Ogos 2012 .Si Comel ini pula dilahirkan secara pembedahan.Dia diberi nama Damia Hanani binti Fakhrul Anwar.  Nama ini membawa maksud 'kecerdikan kesayanganku'.  Mudah-mudahan nama yang diberi oleh mama dan ayah tersayang akan membawa keberkatan.


Damia  Hanani binti Fakhrul Anwar
(baru dilahirkan)





Merkam  kenangan bersama 
Dr. Rajes Mahanderan



Buatmu cucu-cucuku

Doaku buatmu, kerana hanya doa senjata orang mukmin
dan orang yang berdoa akan dikasihi Tuhan
semoga dewasamu, menjadi muslimah sejati
perkasa menghadapi rebut pagi
auratmu muslimah murni
lenggangmu penuh santun budi
lirik matamu mengingatku pada mati
kau akan benci pada penindasan
kau akan benci pada kebendaan
dan sedekah jariahmu melampau batas alam
merdunya suaramu mengangkat kalimah Allah
mengisi cuping telinga
anak-anak dan suami tersayang
cucuku, apakah kau bisa bertahan
membesar di negeri orang
menentang ribut durja
wajah kapitalisma dan bayang materialisma
yang datang menggoda setiap subuh menjelma
kuberdoa kaumenjadi Siti Hajar
yang mencari cinta dalam wajah Tuhan
sepanjang zaman
semoga langit terang dan udara disirami keimanan
kauakan bakal bersanding di pelaminan
dengan pahlawan muslimin
yang bakal syuhada di dada pualam.


Nenek doakan semua cucu-cucu nenek akan menjadi anak yang Soleh dan Soleha dan akan mengharagai kedua ibubapamu.  Amin... Hari ini nenek ambil cuti rehat khas tau....





02 Ogos 2012

SIPUT GONGGONG


Mendengar nama Siput Gonggong mungkin ada yang pelik dan tidak pernah mendengarnya atau tidak pernah melihatnya langsung. Di kampong saya agak terkenal dengan ‘Siput Gonggong’ (Laevistrombus Canarium) adalah sejenis siput laut yang mempunyai cengkerang  berwarna coklat keputihan.. Kebiasaan penduduk di kampong kami akan mencari  siput gonggong ini  pada 12 haribulan hingga  18 haribulan Islam.Ia banyak terdapat di ‘Beting Pasir’. Siput gonggong hidup di kawasan berpasir dalam dasar laut dan kawasan yang hampir dengan pantai. Pada waktu begini air laut di beting pasir akan cetek dan mudahlah kita memungut siput gonggong ini.
Ia antara makanan laut lazat .  Isinya boleh digoreng bersama sayuran, boleh dibuat sup, dimasak bersama pelbagai jenis mi dan dimasak kari.  Cara paling digemari adalah dengan merebus atau dikukus kemudian isinya dicicah kicap berlada
Untuk mengeluarkan isi dari cengkerannya, guna pencungkil .  Cucuk pada kawasan bukaan siput di sebelah tepi, kemudian kuis keluar isinya perlahan-lahan.
Isi siput yang berwarna coklat-oren keputihan itu kaya dengan protein serta mempunyai tekstur yang kenyal seperti sotong dan rasa lemak seperti kacang soya.
Siput gonggong betina selalunya lebih besar daripada jantan bagaimanapun saiz siput itu juga bergantung kepada kawasan habitatnya.



Gambar hiasan  (Beting Pasir)


Salah satu hidangan yang disediakan ialah 'Siput Gonggong' 




Siput gonggong yang direbus dan dicicah dengan cili kicap




Siput gonggong yang dimasak pedas

30 Julai 2012

Tepung Bungkus



Salam semua......saya  baru selesai buat kuih ni untuk berbuka puasa....

kuih tepung bungkus ada setengah orang panggil puteri 2 sebilik

agaknya sebab ada inti 2 biji kut......inti kuih ni hendaklah manis baru sedap

Kuih ini kegemaran ayahnda saya beliau lah yang menyarankan agar saya membuat kuih ini.  Saya tunaikan permintaannya kerana masih ada daun pisang lebihan buat kuih jongkong tempuh hari. Sebab itu kuih ini ada daun yang dah kekuningan…al maklum daun pisang amat terhad disini…



RESEPI TEPUNG BUNGKUS (Arwah nenek saya)


(anggaran dalam 20 biji)

Langkah 1
Bahan A (inti kelapa gula melaka)

1/2 biji kelapa (kelapa yg saya gunakan agak besar)
2 1/2 ketul gula melaka
1 sudu makan gula (lebihkan/kurangkan berdasarkan citarasa anda)
1 sudu makan tepung gandum
1 1/2 cawan air
sedikit garam


Inti kelapa



Cara memasak bahan A
1.            Potong gula merah menjadi ketulan kecil
2.            Masukkan kelapa, air dan gula melaka kedalam kuali/periuk.
3.            masak sehingga gula melaka sebati dengan kelapa. Rasa kemanisan inti 
          anda dan tambah 1 sudu makan gula pasir lagi jika anda hendak sedikit 
          manis dan masukkan sedikit garam.
4.            ketika inti hampir hendak kering (biar basah sikit), masukkan tepung 
          gandum dan kacau rata.
5.            Tutup api dan sejukkan inti anda
6.            Tujuan tepung gandum dimasukkan dalam inti adalah supaya inti kelihatan
           lembab dan tidak terlalu kering. Inilah rahsia supaya inti kelapa sedap.


Tepung pulut

Langkah 2
Bahan B

200gm tepung pulut
150ml air (+/-)

Cara membancuh bahan B
1.            Masukkan tepung pulut dalam bekas.
2.            Masukkan air sedikit demi sedikit sehingga adunan tepung boleh
           diuli. Uli sebentar.
3.            Sapukan sedikit minyak atas talam/bekas. Ambil bancuhan tepung 
                      pulut sebesar ibu jari dan leperkan. Masukkan inti kelapa. (terpulang
                      kepada untuk buat sebesar mana. jika anda suka inti kelapa lebih,
                      besarkan sedikit)
4.            Buat sampai habis dan ketepikan.


Dadih


Langkah 3
Bahan D

200gm tepung beras
1 1/2 tsp garam (ratakan)
300ml santan (saya guna santan kotak)
700ml air

Cara-cara memasak bahan D
1.            Bancuh semua bahan A sehingga rata dan sebati
2.            Tapis kedalam periuk. Guna api sederhana dan kacau dengan senduk sentiasa sehingga ia pekat dan hampir keras. jangan sanpai keras sangat.
CARA-CARA MEMBUNGKUS
·                     Ambil daun pisang selebar 2 tapak tangan (telah digunting sedikit bahagian 
            atas dan bawah).
·                     Masukkan 1 bebola inti kelapa tadi kedalam adunan ini.
·                     Tutup bebola inti ini dengan tepung dan pastikan inti dibaluti oleh adunan
             tepung.
·                     Ceduk dengan sudu dan letakkan diatas daun pisang. Ulang proses untuk satu
            ketul inti lagi. Letakkan 2 ketul bebola inti sebelah bersebelahan. Sebab itu ada 
            yang memanggil kuih ini Puteri 2 sebilik.
·                     Buat sampai habis. Jika ada lebihan adunan tepung dan bebola inti sudah tiada,
             anda boleh terus letakkan inti kelapa diatasnya dan bungkus.

Siap dikukus


Sudah masak