Assalammualaikum...

Syukur alhamdulliah ....
Kepada semua pembaca yang saya hormati . Jutaan terima kasih saya ucapakan pada kalian, kerana sudi melayari Laman Blog saya. Dikesempatan ini ingin saya sampaikan , bahawa blog saya adalah sekadar mengisi masa lapang dan tidaklah terlalu berbentuk ilmiah. Sekiranya terdapat kesilapan tata bahasa atau ejaan, saya dengan rasa rendah diri mohon ampun dan maaf kepada anda semua.

Selamat melayari Laman Blog saya. Jumpa lagi....

10 Disember 2011

Bercuti Fasa ke 11

Balik Kampung.......Kampung Pok Besar, Gelang Patah, Johor.

Bercuti fasa 1 saya pulang ke tanah air di Kota Singa tempat saya di lahir kan.
Kali ini pula saya berpeluang bercuti di kampong halaman tempat saya di besarkan. Sungguh indah bila mengenangkan zaman kanak-kanak dahulu......Tidak pernah kenal erti susah....sentiasa bergembira bersama rakan-rakan......Sungai lah jadi sasarannya....Ketika itu kami tak pernah kenal 'IT ' seperti kanak-kanak ketika ini (asyik melayari internet saban masa).


Di sungai ini lah tempat saya dan rakan -rakan berkubang hingga pandai berenang.....


Sungai semasa air pasang

Rumah peninggalan nenek dan bapa saudara ku (Pak Itam)....
Rumah di mana saya di besarkan....

Air surut...

Di tepi sungai sudah di tambak dengan guni pasir untuk mengelakkan tebing sungai runtuh...


Salah satu bot nelayan..



Di kampong kami terkenal dengan masakan 'Botok-Botok'.....Mejoriti penduduknya ialah kaum nelayan. Tidak hairan lah jika di sini terdapat ikan segar yang baru di jaring dari laut. Masakan di kampong ini kebiasaannya berasaskan ikan. Salah satu masakan yang terkenal di sini ialah 'Botok-Botok'. Untuk memudahkan kita membuat botok-botok disekeliling rumah kami di tanam dengan pelbagai sayuran untuk membuat Botok-Botok...

Kita kongsi bersama untuk membuat botok-botok...

Bahan-bahan ( 4 bungkus )

  • 4 keping ikan tenggiri - dibersihkan
  • 500 g rempah kari daging/ikan
  • 12 batang serai*
  • 1 ibu jari halia*
  • 1 ibu jari lengkuas*
  • 4 biji bawang besar*
  • 1 biji kelapa parut - dijadikan kerisik
  • 3 cawan santan pekat
  • 1/2 cawan air asam jawa pekat
  • garam,gula,perasa secukup rasa
  • 4 helai daun kunyit - dihiris halus
  • 8 tangkai daun selasih
  • 8 tangkai pucuk daun teh
  • 8 helai pucuk mengkudu
  • 8 helai pucuk ubi
  • 12 helai daun belinjau
  • 12 helai daun berbuas
  • 8 helai pucuk semangkok
  • secukup daun pisang untuk membungkus

Cara-cara

  1. Kisar bahan2 bertanda * dan campurkan bersama rempah,garam,gula, perasa,air asam,santan dan kerisik,gaul hingga rata.
  2. Pucuk2 hendaklah dibersihkan dan dibahagi 4 utk 4 keping ikan.
  3. Ambil sekeping daun pisang,bubuh 1/2 bahgian pucuk2 dr 1 bahagian,bubuh 1 keping ikan dan ditutup dgn 1/2 bhgian pucuk dan rempah.Bungkus daun pisang berisi ikan seperti membungkus tapai.Buat hingga habis.
  4. Kukus selama 1 jam atau hingga botok2 masak.
Mak Itam (ibu saudaraku) asyik memetik hasil tanamannya...

Seronok memetik ulam-ulaman ni....





Daun bebuas



Pucuk manis

Daun kesum

Daun selasih



Daun mengkudu

Serai

Daun semangkuk

Pokok Puding Teh

Selamat mencuba.....menyelerakan di samping melawaskan perut....



Selain pokok ulaman pelbagai jenis tanaman lain turut di tanam di kediaman kami ...
di antaranya ialah.....



Pokok keladi

Cili api

Buah jering

Buah langsat

Buah binjai..

Buah markisa


Petai.

Terung..


Kalau ada sumur di ladang
Boleh tuan menumpang mandi
Jika tuan puan ada kelapangan
Sudikan lah berkunjung ke teratak kami....



07 Disember 2011

Hai Si Ikan Debam.....

Ikan Debam......

Sebagai anak nelayan pantai seperti saya memang mengenali nama ikan ini. Di tempat saya ia dikenali sebagai ikan 'Debam'..... Nama saintifik: Siganus javus ...Ciri-ciri ikan debam ini hampir serupa dengan ikan dengkis melainkan warna dan corak badannya yang berbeza. Ikan iniIkan ini sangat sedap bila dibuat asam pedas , ditambah dengan lada hitam dan ditambah dengan daun kesum.....sungguh menyelerakan....


- Asam Pedas Ikan Debam



Asam Pedas Ikan Debam.....

Bahan utk dikisar
!0 - 20 btg cili kering (direndam hingga lembut)
4 - 5 ulas bawang besar
6- 7 ulas bawang putih
sedikit belacan
1tsp serbuk kunyit

segenggam asam
2 cawan air
garam

daun kesum

minyak

Cara :

1. Tumis bahan yang dikisar hingga garing.

2. Bubuh garam

3. Masukkan asam yang sudah dicampur ke dalam air, gaul.

4. Biarkan mendidih, masukkan ikan dan biarkan hingga ikan masak (kecilkan api)

5. Kalau mahu tambah pedas boleh masukkan lada hitam yang dikisar. Masukkan daum kesum.

GAJI 2012

gaji

gaji

Resepi: Kacang Pool


Kacang Pool






Bahan-bahan ( 15 orang )
6 -7 tin kacang phool/ medames foul/ , 4 tin blender kasar + 3 tin diramas supaya ia sedikit berbiji-biji
5 sudu makan minyak sayuran
3 sudu makan rempah kari daging babas
1 sudu makan serbuk lada putih
200 gram daging cincang, digoreng tanpa minyak

#Bahan untuk kisar#
1 sudu makan jintan halus
1/2 sudu makan jintan kasar
2 biji bawang besar
1 inci halia
4 biji bawang putih
1 cawan lada kering kisar
#Bahan Hiasan#
6 biji telur, digoreng buat mata lembu setengah masak
2 biji bawang besar, didadu
4 batang lada hijau, dipotong serong
20 sen limau kasturi
1 tin minyak sapi, dicairkan

Cara Masak
Cara-cara Panaskan minyak sayuran, tumis lada kering kisar sehingga wangi. Kemudian masukkan bahan kisar dan masak sehingga ia naik bau. Masukkan rempah kari daging, serbuk lada putih, daging cincang, kacang phool yang telah diblender kasar dan juga diramas. Masukkan garam dan ajinamoto (jika suka). Kalau terlalu pekat boleh tambah sedikit air. Jangan terlalu banyak nanti cair tak sedap. Bila sudah mendidih, sudah sedia untuk dihidangkan.

Cara Menghidang Sendukkan kacang phool kedalam pinggan. Ambil satu sudu makan minyak sapi yang telah dicairkan tuangkan atas kacang phool. Ini untuk membangkitkan dan juga menyedapkan kacang phool. Taburkan sedikit bawang yang telah didadu, hirisan cili hijau dan sebutir telur goreng. Limau kasturi letakkan ditepi. Sesuai dihidangkan dengan roti perancis atau pun roti potong.

Bercuti Fasa 1 berakhir....

Malam terakhir kami di Kota Singa.....

Untuk makan malam kali ini kami telah di bawa untuk menekmati 'Sop Kambing' yang terkenal di Kota Singa. Restoran ini terletak di Upper Boon King Road..... Sekali lagi kak long nak ucapkan kepada Fandy Sekeluarga serta Maswan sekeluarga kerana bersusah payah melayan kami dua beranak berkunjung ke Kota Singa ini.....

Khas untuk adik-adik ku sayang...
Pucuk Pauh delima batu,
Air sembilan di telapak tangan
Walau jauh beribu batu
Budi baik kalian pasti tidak di lupakan....



Menyelerakan mereka empat beranak menekmati sop kambing...




Masih ceria....belum pekena sop rusuk kambing ni....



Kena minum Teh 'O' limau kurang gula....kerana dah pekena sop kambing

kesihatan kena ingat juga....

Tersenyum dapat makan freee...............Terima kasih.

Bik Nita ni macam dah ngantuk aje....
penangan sop kambing...



Kediaman Nita.....Terima kasih menerima kami....
Sungguh istimewa layanan kalian sekeluarga...


Akhirnya.......Pulang ke Johor Bahru.....Johor Bahru apa kurangnya....sedang pesat membangun....semoga negara ku akan terus maju seiring dengan negara jiran sebelah....
Di sini lah tempat ku mencari rezeki dan meneruskan kehidupan.....

Hujan emas di negeri orang mana sama hujan batu di negeri sendiri...


Selamat sampai ke tanah airku......Tunggu kami di Fasa seterusnya
untuk musim cuti sekolah ini....

Bercuti Fasa 1 belum selesai....

Meriahnya Kota Singa........

Cuaca hari ini agak cerah dan membolehkan kami untuk menyambung percutian kami dua beranak di Kota Singa...Distinasi pertama hari ini ialah untuk berkunjung ke Geylang Serai dan Orchad Road. Kedua-dua tempat memang terkenal sebagai pusat membeli belah di Kotra Singa. Kami ditemani oleh adikku Nita dan anaknya Syahirah serta Nabila anak saudaraku........Sebelum meneruskan perjalanan kami singgah di Restoran Hajah Maimunah yang terletak di Joo Chiat Road untuk mengisi perut.Restoran ini terkenal dengan masakan melayu , menyediakan pelbagai hidangan, difahamkan lebih kurang lima puluh tujuh jenis lauk pauk tidak termasuk kuih muih di sediakan di restoran ini....



Ini bukan tauke restoran Hajah Maimunah...


Kuih muih yang menyelerakan....


Diantara hidangan tengah hari yang di pesan oleh adikku Nita untuk
santapan tengah hari kami...




Syukur alhamdulliah perut dah kenyang...Terima kasih Nita.......sampai licin......
Mudah-mudahan rezeki adik-adik ku akan bertambah berlipat ganda ...amin...


Mereka sempat bershoping sakan.....





Negara maju....


Tewrima kasih Fendy bawa Kak long Jalan-jalan
walaupun masih keletihan kerana baru pulang dari 'kantor'.....


Pemandangan di Orchad Road di waktu malam....

Dihiasi dengan lampu neon yang berwarna warni dan begemerlapan....

Sungguh indah...




Tidak jemu mata memandang...



Memukau...





Perumahan di Kota Singa...




Untuk hari ini terima kasih Nita, Fendi dan Syahirah kerana bawa
Mak Long dan Kak Chik jalan-jalan bercuti...


Tunggu untuk destinasi seterusnya....