Assalammualaikum...

Syukur alhamdulliah ....
Kepada semua pembaca yang saya hormati . Jutaan terima kasih saya ucapakan pada kalian, kerana sudi melayari Laman Blog saya. Dikesempatan ini ingin saya sampaikan , bahawa blog saya adalah sekadar mengisi masa lapang dan tidaklah terlalu berbentuk ilmiah. Sekiranya terdapat kesilapan tata bahasa atau ejaan, saya dengan rasa rendah diri mohon ampun dan maaf kepada anda semua.

Selamat melayari Laman Blog saya. Jumpa lagi....

05 Ogos 2014

Air Batu

Rencana dari Pak  Google....

Teruskan membaca untuk lebih memahami.

Percayalah kepada Al-Quran dan Al Hadis.. kerana kita tidak akan tersesat selagi berpegang pada keduanya.

~ Rahsia dan Kelebihan Di Dalam Ais

“Zat di dalam ais tidak akan mampu dihasilkan oleh mana-mana saintis mahupun manusia”. Jangan ingat minum ais tu tak elok untuk kesihatan. Sebenarny ada kebaikan didalam keburukan.

Udara panas lebih memudahkan penyebaran penyakit berjangkit kerana bakteria lebih agresif dan cepat membiak. Liputan ais di Antartika (daerah Kutub Selatan) dan Artik (daerah Kutub Utara) adalah pengimbang dasar bumi yang amat panas. Kombinasi dalam bumi yang panas dan luaran bumi yang sejuk adalah rahsia keseimbangan tekanan semulajadi alam yang mengawal graviti dan pergerakan bumi pada paksinya.

Air sejuk yang hening dapat menolong pesakit insomnia yang sukar tidur agar dapat kembali tidur seperti biasa.Orang yang tidur dalam udara yang sejuk dan berselimut untuk memanaskan tubuhnya adalah kombinasi yang baik untuk menjaga kesihatan secara menyeluruh dalam jangka masa pendek apatah lagi jangka panjang.

Membenarkan anak mengunyah ais akan menguatkan giginya dan memberi kanak-kanak makan ais krim secara perlahan-lahan dan berterusan boleh menghilangkan batuk dalam masa beberapa jam. Mengambil ubat batuk biasanya akan mengambil masa satu minggu untuk melegakan batuk secara total. Air sejuk juga akan menguatkan tulang bayi. Ia akan meningkatkan sistem imun yang luar biasa sebagai tenaga pencegahan berbagai penyakit alahan dan jangkitan.

Ais atau air sejuk dapat mengembalikan memori atau sifat pelupa yang keterlaluan. Air sejuk mempunyai daya rangsangan yang boleh mengembalikan semangat orang yang telah hilang seperti pengsan, gila dan koma kembali sedar.

Membiasakan diri mengunyah ais akan meningkatkan kecerdasan fikiran dan kepantasan pergerakan. Ais amat diperlukan oleh mana-mana atlit sukan dalam kecederaan yang tidak disangka-sangkakan. Air sejuk atau ais kini dijadikan bahan perencat kepada kecederaan yang akut seperti demam panas yang biasanya dihidapi oleh bayi yang mempunyai potensi menghidapi penyakit sawan.

Air sejuk juga adalah terapi yang amat popular sebagai penguat tulang yang telah patah dengan syarat ia dibalut dengan kain hitam. Air sejuk dalam rahsia cuka adalah sangat baik untuk menguatkan tulang yang patah kerana ia dapat menyembuhkan tulang dengan lebih cepat. Air suam dengan rahsia cuka yang diminum akan melemahkan dan mengecutkan sistem aliran darah yang menjadi penyebab utama terjadinya lumpuh. Mandi air sejuk akan menguatkan tulang. Tulang yang berlebihan dengan urik asid akan meningkatkan suhu tulang dan melemahkan struktur tulang.

Adalah makruh mengambil air sembahyang (wuduk) pada suhu yang tinggi atau yang telah terkena panas cahaya matahari yang pastinya akan mengganggu sistem deria pada kulit. Air sejuk secara psikologinya amat ditakuti oleh pesakit yang mengalami gangguan jin atau dikuasai oleh unsur-unsur spiritual yang jahat. Air sejuk mempunyai nada bunyi dalam tekanan rendah yang amat lembut lagi mengharmonikan.

Air kelapa muda bersifat sejuk dan amat baik untuk kesihatan kerana ia amat berkesan meneutralkan kesan keracunan dan keasidan yang berlebihan di dalam aliran darah. Tubuh secara semulajadi bersifat panas dan ia memerlukan pasangan yang bersifat sejuk. Oksigen dan hidrogen bersifat panas dan ia menguasai bahagian perut. Adalah menjadi suatu kesalahan memulakan amalan pemakanan di waktu pagi dengan unsur-unsur yang panas. Minumlah seteguk air sejuk di awal pagi kerana ia akan menguatkan perut.

Ulang tahun kelahiran 2014...

Selamat menyambut ulang tahun kelahiran....

                         


Kek sebagai gambar hiasan (Nak tempah kek ni boleh 'home made')

Terkenang masa silam zaman anak-anak masih kecil, pantang sambut 'brithday' mereka akan minta kek walau sepotong cuma makan adik beradik, seronoknya mereka masa tu...Mungkinkah saat -saat indah itu masih terpahat dingatan masing-masing entahlah...

Masa berelalu begitu pantas meninggalkan kita,penghujung usia semakin hampir entah bila kita tidak pasti.  Anak-anak sudah ada penghidupan  mereka
sendiri kita sebagai insan yang bergelar ayah bonda hanya mampu berdoa pada Allah SWT agar mempermudahkan segala urusan mereka di dunia hingga ke  akhirat...Aamiin.




Terlanjur bercerita tentang hari lahir  tidak lupa saya nak ucapkan selamat hari lahir untuk anaknda  serta cucu tercinta...Harap maaf ada yang sudah terlepas tarikhnya....


         
Keletah si jantung hati kami...

Inilah Si Hasyaa Nur Dali dan sepupunya Damia Hanani...


Tn.Hj.Khalil ~24 Februari
Fakhrul Anwar ~ 11 Mac
Nurshamsiah ~ 5 Mei
Nur Izzaty~ 20 Mei
Mohd Zulhairi ~ 5 Ogos
Syaza Ilyany~ 27 September
Ziyad Haziq~ 29 Mei
Hasyaa Nur Dalili~ 23 April
Damia Hanani ~ 2 Ogos

 Tidak lupa juga untuk saudara mara, sahabat handai serta rakan taulan yang di kasihi dengan ucapan agar kalian dimurahkan rezeki dan di panjangkan usia serta dipermudahkan oleh Allah di dalam segala urusan...




Istimewa untuk semua kenalan saya...

Detik demi detik telah berganti menjadi tahun.
Langkah demi langkah pun telah dilalui.
Berbagai hal yang indah dan juga menyakitkan.
Semuanya pasti pernah terjadi 

Hari ini..
Dimana hari yang mungkin istimewa buatmu.
Atau mungkin sebagai hari perenungan buatmu.
Kerana hari ini hari kelahiranmu..
Tapi juga hari berkurangnya usiamu di Dunia ini..

Mungkin..
Banyak mimpi dan harapan..
Doa-doa pun dipanjatkan di hari kelahiranmu.
yang pastinya..
Untuk semua hal yg terbaik dan terindah.
Merubah sifat.
Merubah kepribadian.
Merubah pemikiran

Merubah semuanya menjadi lebih baik lagi..


Selamat ulang tahun.
Selamat hari lahir.
dan berduka untuk berkurangnya usiamu.
Hanya kata kata dan doa yang mampu terucap.
Untuk kamu yang hari ini berulang tahun.

DiKala hari bahagiamu datang..
Dari diriku terucap salam..
Semoga hari-harimu penuh kehangatan..
Disayangi keluarga dan teman seperjuangan..
Dan kepribadianmu semakin matang..
Sentiasa mendekatkan diri pada Tuhan..

Harapanku hatimu diliputi kedamaian..
Jauh dari rasa iri dan dendam..

Teriring sebuah ucapan selamat ulang tahun..
Semoga dirimu dianugerahi Tuhan
dan..
Keperibadian yang semakin menawan..





03 Ogos 2014

Hari Raya 2014...

Selamat Hari Raya

Sambutan hari raya tahun ini amat berbeza dengan tahun-tahun yang lalu. Jika dulu adik beradik , sanak saudara semua berkumpul di kediaman kami Johor Jaya.Walau bagai mana pun kemeriahannya tetap terasa. Rasa sayu tetap menerpa kerana ayahnda tercinta tidak dapat beraya di rumah kami seperti biasa malah beliau terpaksa beraya di hospital.  Keadaan kesihatannya tidak mengizikan beliau beraya di rumah.


keretapi Tanah Melaytu (KTM)

Dua orang anak kami beraya di rumah mertua mereka.Suami saya membuat keputusan untuk berhari raya di kota Singa.  Untuk mengelakkan kesesakkan jalan raya kami bersetuju menggunakan perkhidmatan keretapi untuk ke sana...Memang mudah dan menjimatkan masa.
Putera dan puteri kami begitu teruja menaiki keretapi walau cuma sebentar...Mereka tidak pernah menggunakan pengangkutan keretapi sebenarnya..






Di kediaman mmereka kami bermalam... terima kasi adindaku En. Affandy dan Puan Aispalela serta anak mereka Syahirah...budi baik kali sekeluarga hanya Allah jua yang membalasnya...


keluarga adindaku...


Adindaku sayang...


Hospital Tan Tock Seng  (gambar ehsan daripada Pak Google)








Merakam kenangan bersama ayahnda tercinta, mudah-mudah ayahndaku cepat sembuh..



Sempat beliau menukar baju dari warna oren ke warna biru (baju biru yang saya buatkan)





Keluarga besar...






Merakam kenangan di rumah kami....









Pulang ke Terengganu


Pulang ke Kelantan....




Buah hati kami.... comel tak mereka berdua ni....

Sahabatku......

Apabila syawal menjelang tiba,
Kau semakin muncul dalam kamar ingatan,
Hati budimu yang suci,
Membuatku mengagumimu,
Terima kasih atas kesudianmu
Menjadi temanku
Terimalah sepintas tanda ingatan
Diiring salam kemesraan.............

Bersama rasa keindahan ini,
Kulayangkan warkah indah 
teristimewa buat tatapanmu,
Detik-detik indah kita bersama,
Mengharungi ranjau kehidupan
masih tetap diingatan,
Sempena gemilangnya Aidilfitri ini,
Kuucapkan khas buatmu ....
Selamat Hari Lebaran