Assalammualaikum...

Syukur alhamdulliah ....
Kepada semua pembaca yang saya hormati . Jutaan terima kasih saya ucapakan pada kalian, kerana sudi melayari Laman Blog saya. Dikesempatan ini ingin saya sampaikan , bahawa blog saya adalah sekadar mengisi masa lapang dan tidaklah terlalu berbentuk ilmiah. Sekiranya terdapat kesilapan tata bahasa atau ejaan, saya dengan rasa rendah diri mohon ampun dan maaf kepada anda semua.

Selamat melayari Laman Blog saya. Jumpa lagi....

03 Januari 2014

HEM 2014 SKTJJ2

Kelasku 2014

Sentuhan terakhir untuk kelasku sayang....

2013 telah pun melabuhkan tirainya ,sudah pasti ia tidak akan berkunjung lagi. Suka duka sudah kita lalui bersama.  Bagi 2014 tetap menggantikannya  .Disaat ini  saya  sedang menghitung hari namun semangat ini tetap kental untuk menghadapi hari mendatang. Pada hakikatnya saya tetap akan meninggalkan profesyen ini tapi hati dan perasaan saya, saya amat menyayanginya. Ia sudah sebati di jiwa ini.



Anak didikku .

detik waktu semakin pantas berlari...
menjadikan waktu perpisahan semakin hampir...
membuatkan jiwaku tertekan kerana kita tak mungkin dapat bersama lagi...

ketahuilah duhai anak didikku
sesungguhnya perpisahan ini akan menjadikan diriku seorang perindu...
rindu akan sentuhan mesramu...
rindu akan gelak dan tawamu...
rindu akan senyuman dan bicaramu...
dan rindu segala-galanya...

Anak didikku ...
hanya satu yang ku pinta...
walaupun kita akan berjauhan...
jangan sesekali engkau lemparkan kenangan kita bersama...
jangan dikau buang ia di tepi jalanan...
kerana ia adalah lambang perjuangan  diantara ENGKAU dan AKU...
Teruskan perjuangan mu walau tanpa aku...

Anak didikku ...
sebelum tinta ini bernoktah nyata...
ku mohon maaf atas kekhilafan diri...
dalam nyata atau tersembunyi...
hingga mencalar luka di sudut hati...
kerana ku hanya insani...
yang penuh dengan kekurangan diri...
sebagai hamba yang tercipta...

namun percayalah...
dirimu adalah jiwaku .
yang sejati sentiasa di hati...
terima kasih padamu Tuhan...
kerana mempertemukan aku diprofesyen ini...


Sentuhan terakhir untuk kelasku sayang....

































Sentuhan terakhir saya untuk kelas yang amat saya sayangi...

29 Disember 2013

CAMBODIA KITA JUMPA LAGI

Bahagian4
Dari Bahagian 1 (klik)
Dari Bahagian 2 (klik)
Dari Bahagian 3 (klik)


Beli belah di bumi Kemboja...

Assalamualaikum ,

Kebiasaannya bila kami melancong,  tujuan utama bukanlah seratus peratus untuk membeli belah. Kami sekadar mencari pengalaman baru di tempat orang bak kata pepatah melayu  jauh perjalanan luas pemandangan. Walau bagaimana pun ada juga yang dibeli sebagai kenangan dan buah tangan. Sepatah kata  PPD Pasir Gudang " Biar menyesal membeli jangan menyesal tak membeli"...teringat-ingat katanya.

Bila  sebut tentang pusat  beli belah,  anda  mesti  bayangkan seperti  Pasar Baru di Bandung, Ben Thanh  di Vietnam, Mangga 2 di Jakarta, Paratunnam di Bangkok atau Pasar Groseri di Surabaya tetapi di Kampuchea juga punya pusat membeli belah yang  tersendiri....Jom kita tinjau tempat beli belah mereka, jikalau tidak berhajat hendak membeli kita sekadar menjamu mata….menjamu selera memang kita tidak berpeluang di sini…


RUSSIAN MARKET

Toul Tom Pong atau Russian Market yang popular di kalangan pelancong.  Russian market mempunyai sejarah tersendiri mengikut keterangan daripada Pemandu Pelancong yang membawa kami. Nama ini diberi disebabkan terdapat ramai orang Rusia di sekitar tahun 1980an.  Namanya begitu gah...tetapi ia adalah sekadar nama , namun ia  seperti tempat beli belah yang lain. Menjual pelbagai barangan  seperti minuman, makanan ringan, bermasak, ukairan tradisional, permata, kraf, sutera pelbagai macam dijualnya.Di sini juga mereka mempamirkan pelbagai hasil seni tangan tradisional untuk memikat hati pelancong...

Tips:
- Keseluruhan Russian Market ini  tertutup dan kita  merasa sangat panas.
- Waspadalah terhadap penyeluk saku.
- Buka setiap hari dari pukul 9.00 pagi hingga 5.00 petang


Lorong yang kita lalui untuk ke Russian Market....





Kami sampai di sini sudah agak lewat kebanyakkan kedai sudah di tutup

Geramnya tengok bunga segar....



Central Market 

Central Market berbeza dengan Russian Market dari segi bentuk bangunannya. Ia mempunyai Kubah yang agak besar dan terdapat empat  sayap.  Di bawah kubah mereka menjual  perhiasan perak dan batu permata tempatan, Woiii....mencabar keimanan melihat batu permata yang berkilauan...Harganya agak berpatutan...cantik.....Jika anda pernah bertandang ke Vietnam barang-barang yang mereka jual di sini sama seperti di Ben Thanh Market.Cuma di sini terkenal dengan kain sutera yang halus buatannya. Jual beli mereka menggunakan USD dan mereka kurang berminat denagn mata wang mereka sendiri iaitu 'Riel'...Mereka juga sangat fasih berbahasa Inggeris. (Bahasa Melayu...sepatah haram mereka tak faham...)

Menurut keterangan Pemandu Pelancong kami .Pasar ini mula dibina pada tahun 1935 dan siap pada tahun 1937 oleh Desbois dan Chauchoun.  Pasar ini begitu popular di bandar Phnom Penh dan jadi tumpuan para  pelancong.  Selamat membeli belah....


Tips:
- Keseluruhan pasar tertutup dan terdapat gerai-gerai di sekitarnya.
- Lebih selesa dan teratur serta bersih.
- Buka setiap hari dari pukul 9.00 pagi hingga 5.00 petang


Tugu...

Sempat beli kelapa muda untuk ibu katanya....

Berpinar biji mata melihat keindahan permata....permata oh permata..

kain baju beraneka corak

Melambak-lambak kain sutera....pilih jangan tak pilih

Sutera kemboja

Nenek tak beli apa-apa ke...

 Ayunya gadis Kemboja ni...

Cenderahati...

diantara wajah-wajah gadis Kompuchea...


Cantik tak lukisan ni...

Lupa nak rakam gambar pelukisnya...beliau melukis di situ secara langsung...


Pusat Beli Belah Moden (Tak tau nak sebut namanya)

Kedai permata lagi...di mana-mana permata...oh permata hatiku..




Kedai Permata
(meleleh air mata memandangnya.....yang mana satu pilihan kalbu)



F.O.S Cambodia

Cantik tak beg nenek ni....


#ketika membeli belah#

- Boleh tawar menawar dan tawar dengan harga yang paling rendah
(survey banyak kedai terlebih dahulu untuk mencari harga yang paling rendah)
peniaga di sana lebih senang menggunakan matawang USD

Rasulullah s.a.w bersabda:
"Setiap hari ketika umat manusia memasuki waktu pagi, pasti ada dua Malaikat turun. Satu di antara keduanya akan mengucapkan: Ya Allah, kurniakanlah ganti kepada orang yang berbelanja iaitu menggunakan harta untuk beribadat, untuk kepentingan keluarga, tetamu, bersedekah dan sebagainya. Sedangkan Malaikat yang satu lagi akan mengucapkan: Ya Allah, berikanlah kerosakan iaitu kerugian kepada orang yang tidak mahu berbelanja".
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a 

Wassalam