Teman itu seperti bintang Tak selalu nampak Tapi selalu ada dihati, Sahabat akan selalu menghampiri ketika seluruh dunia menjauh Karena persahabatan itu seperti tangan dengan mata Saat tangan terluka, mata menangis Saat mata menangis, tangan menghapusnya
Assalammualaikum...
Syukur alhamdulliah ....
Kepada semua pembaca yang saya hormati . Jutaan terima kasih saya ucapakan pada kalian, kerana sudi melayari Laman Blog saya. Dikesempatan ini ingin saya sampaikan , bahawa blog saya adalah sekadar mengisi masa lapang dan tidaklah terlalu berbentuk ilmiah. Sekiranya terdapat kesilapan tata bahasa atau ejaan, saya dengan rasa rendah diri mohon ampun dan maaf kepada anda semua.
Selamat melayari Laman Blog saya. Jumpa lagi....
12 November 2014
11 November 2014
Selamat Pengantin Baru...
Selamat Pengantin Baru...
Bismillah.
Demi Allah,
Isteri adalah amanah suami,
Saat akad terlafaz dibibir,
Saat cincin tersarung dijari bertaut dihati,
Saat digengam tangan dikucup dahi,
Semoga RAHMAH ALLAH sentiasa mengiringi,
Ku doakan kebahagian rumah tangga kalian.
SELAMAT PENGANTIN BARU
Istimewa untuk
Muhd Syaifuddin dan Nur Atikah
Demi Allah,
Isteri adalah amanah suami,
Saat akad terlafaz dibibir,
Saat cincin tersarung dijari bertaut dihati,
Saat digengam tangan dikucup dahi,
Semoga RAHMAH ALLAH sentiasa mengiringi,
Ku doakan kebahagian rumah tangga kalian.
SELAMAT PENGANTIN BARU
Istimewa untuk
Muhd Syaifuddin dan Nur Atikah
Bernama perkahwinan itu
Adalah ikatan setia murni
bertapak pada nawaitu
suci berdiri atas kasih
tulus berpaut di puncak
munajat bernaung di persada kerukunan
demi keharmonian hakiki
demi kebahagiaan abadi
Di bahu kalian sebenarnya
Terbeban amanah
pikullah dengan tabah & gagah
Di tangan kalian sebenarnya
Tergenggam kewajipan
-corakkan dengan cermat & nikmat
Di jiwa kalian sebenarnya
Terkandung harapan
hiasi dengan kecerdikan & kecantikan
Kelak akan kalian rasai
senang & tenang rohani
Din dan Iqah
"Semoga jodoh berkekalan
Hari indah yang penuh bermakna telah belansung pada 18.10.2014.....tarikh keramat bagi pasangan sehati sejiwa di antara Muhd Syaifuddin dan pasangannya Nur Atikah .Tepat jam 11.00 pagi mereka telah selamat dijabkabulkan dan sah menjadi pasangan suami isteri. Mudah-mudahan rumah tangga yang mereka bina atas dasar cinta ini akan berkekalan hingga ke akhir hayat...Berlangsungnya majlis ini dapat lah adinda ku Pn.Aidah dan Suami En.Ahmad menambahkan lagi ahli keluarganya. Mudah-mudahan mereka akan menjadi ibu dan ayah mertua yang dihormati dan disayangi menantu....amin..
Majlis berlangsung di Lagun Sari Singapore dengan kunjungan sanak saudara memeriahkan majlis ini,,,
Tanam pisang tumbuh kelapa,
Terbit bunga pucuknya mati,
Budi
semua tak kami lupa,
Sudah terpaku di dalam hati
Tuan
puteri tersenyum-senyum,
Melihat laksamana bermain rodat,
Senyum-senyum jangan tak senyum,
Sudah sempurna segala adat
selamat pengantin baru
10 November 2014
Majlis Kesyukuran keluarga Haji Ibrahim bin Haji Mohd Don
Majlis kesyukuran ....
Indah berbalam si awan petang,
Berarak di celah pepohon ara;
Pemanis kalam selamat datang,
Awal bismillah pembuka bicara.
Awal bismillah pembuka bicara.
Tuan Hj. Ibrahim dan isteri
Kad undangan
Syukur kehaderat Allah SWT kerana dengan izin dan kurnianya dapatlah kita berkumpul bagi mengeratkan lagi hubungan persaudaraan kita. Majlis berlangsung pada 8 Nov 2014 bertempat di Hotel Hayatt Regency Singapore.
Kalau pergi Tanjung Keramat,
Anak manis jangan diangkat;
Bersama kita memohon rahmat,
Moga majlis mendapat berkat.
Tetak buluh kajang sepuluh,
Laksana dititing kias ibarat;
Angkat tangan jemari sepuluh,
Doa di pohon biar selamat.
DOA MAJLIS KESYUKURAN
بِسْÙ…ِ اللهِ
الرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِÙŠْÙ…ِ
اَÙ„ْØَÙ…ْدُ Ù„ِÙ„َّÙ‡ِ
رَبِّ الْعَالَÙ…ِÙŠْÙ†َ, ÙˆَالصَّلاَØ© ُÙˆَالسَّلاَÙ…ُ عَÙ„َÙ‰ سَÙŠِّدِÙ†َا Ù…ُØَÙ…َّدٍ ÙˆَعَÙ„َÙ‰
آلِÙ‡ِ ÙˆَØ£َصْØَابِÙ‡ِ Ø£َجْÙ…َعِÙŠْÙ†َ
Sesungguhnya kami berhimpun pada hari ini, bagi menyatakan kesyukuran di atas kurniaan-Mu yang tidak ternilai. Jadikanlah kami hamba-hamba-Mu yang sentiasa bersyukur sama ada nikmat yang sedikit atau lebih dan nikmat yang melimpah ruah kepada kami .
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Sesungguhnya engkau Maha Mengetahui bahawa kami di sini ingin mengeratkan hubungan silaturahim di antara kami
Justeru berkati dan rahmatilah perjumpaan kami ini. Kurniakanlah kepada kami kemeseraan yang berpanjangan. Sinarilah hati-hati kami dengan cahaya dan hidayah-Mu. Semoga dengannya kami mudah -mudahan hubungan persaudaraan ini akan berkekalan hingga ke Jannah..Aamiin.
Mejar(B) Saudara Lokman bin Abdullah menerajui bacaan doa
(tak sempat merakam gamabr semasa)
Penyambut tetamu
Majlis kesyukuran yang yang diadakan dalam keadaan yang sederhana tetapi meriah ini tidak akan sempurna tanpa kerjasama dan sumbangan tenaga serta buah fikiran daripada seluruh ahli keluarga. Jasa kalian tidak terungkap dengan kata-kata dan tidak terbalas rasanya....
Peneraju utama bagi menjayakan majlis
bergembeling tenaga hingga majlis selesai
Sebelum majlis bermula...
Keluarga arwahyarham Hj.Mohd Don dan arwahyarhamah Hajah Kamsiah binti Osman
Kalau ia pun nak bergambar reraamai tu alihkan dulu meja tu,,,...
Keluarga Pak Long
Keluarga Pak Ngah
Keluarga Pak Busu
sahabat beliau..
Gelagat anak buah cucu dan cicit
ayah dan bonda
Ibu Ayah
Bergenang air mataku
Terbayang wajahmu yang redup sayu
Kudusnya kasih yang engkau hamparkan
Bagaikan laut yang tak bertepian
Biarpun kepahitan yang telah engkau rasakan
Tidakpun kau merasa jemu
Mengasuh dan mendidik kami semua anak-anakmu
Dari kecil hingga dewasa
Hidupmu kau korbankan
Biarpun dirimu telah terkorban
Tak dapat ku balas akan semua ini semoga
Allah memberkati kehidupan ayah ibu Ibu Ayah
Kau ampunilah dosa-dosaku
Andainya pernah menghiris hatimu
Restumu yang
amat aku harapkan
Kerana di situ letaknya syurgaku
Kau banyak melayani kenakalan anak-anakmu
Mengajarku erti kesabaran
Kau bagai pelita di kala aku kegelapan
Menyuluh jalan kehidupan
Kasih sayangmu sungguh bernilai
itulah harta yang kau berikan
Ayah dan ibu
Dengarlah rintih hatiku
Untukmu ayah
dan ibu Kasihanilah Tuhan,
ibu yang telah melahirkan diriku
Bahagiakan kasih ayah ibu sewaktu kecilku
Semoga bahagia ayah ibu di dunia dan akhirat sana
Kasihnya ibu membawa ke syurga
Berkorban nyawa tanda kasihnya
Berkorban raga rela binasa
Kasihnya ayah tak sanggup berpisah
Dan kasih anaknya berkorban nyawa
Biarlah jiwa akan tersiksa Ikhlas dan rela asalkan bahagia
Terima kasih duhai ayah dan ibuku tersayang
Diatas setiap segala pengorbanan
serta setiap titis air susu yang telah membesarkan kami
SEMUA ANAK-ANAKMU
insan-insan yang ku sayangi...
sepupu kami
Tuai padi antara masak
Esok jangan layu-layuan
Intai kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan
Kalau ada sumur di ladang
Boleh saya menumpang mandi
Kalau ada umur yang panjang
Boleh kita berjumpa lagi
Langgan:
Catatan (Atom)