Assalammualaikum,
Sahabat yang diingati selalu.
Harapan dan doa agar kalian semua sentiasa dirahmati Allah dan berbahagia disisi insan tersayang.
Di kesempatan ini saya ingin mohon maaf kepada sahabat semua seandainya sejak pertemuan kita di alam maya telah mengecil atau menyinggung perasaan teman-teman.
Saya merakamkan jutaan terima kasih kepada sahabat kami iaitu Datin Hajah Halimah binti Yusuf kerana saban hari beliau mengpostkan gambar-gambar bunga yang cantik menawan yang menyejukkan mata memandang....
Tanam bunga depan halaman
Anak dara tinggalkan pesan
Harum sungguh bunga di taman
Ingin ku sunting buat hiasan
Bunga Oh bunga
Bunga mu bermekaran
Di taman yang cantik
Indah bila di pandang
Harum mewangi bila di cium
Warna warni rupamu
Bila sang mentari pagi bersinar
Warna warni mu tersenyum merkah
Pancaran warnamu memberi sejuta cahaya
Dan kupu-kupu menari-nari menghisap sarimu
Bila petang menjelang
Bunga disiram agar jangan layu
Biarkan pelangi menyinarimu
Menambah keindahanmu...
Bunga orkid
Bunga Zaleha
Bunga mawar merah melambangkan cinta, sementara bunga mawar pink melambangkan kasih sayang yang manis. Selain itu, bunga mawar putih melambangkan kesucian.
Duri hari ini adalah bunga hari esok. Allah mengurniakan pilihan terbaik kepada mereka yang menyerahkan ketentuan kepada NYA.
Assalammualaikum hingga berjumpa lagi...