Assalammualaikum...

Syukur alhamdulliah ....
Kepada semua pembaca yang saya hormati . Jutaan terima kasih saya ucapakan pada kalian, kerana sudi melayari Laman Blog saya. Dikesempatan ini ingin saya sampaikan , bahawa blog saya adalah sekadar mengisi masa lapang dan tidaklah terlalu berbentuk ilmiah. Sekiranya terdapat kesilapan tata bahasa atau ejaan, saya dengan rasa rendah diri mohon ampun dan maaf kepada anda semua.

Selamat melayari Laman Blog saya. Jumpa lagi....

03 Jun 2013

Asam pedas lagi.....

Asam Pedas Ikan Kitang…


Bahan-bahannya:-
4 ekor ika kitang
10-15 biji cili kering (dikisar)
2 ulas bawang merah (dikisar)
2 ulas bawang putih (dikisar)
Sedikit kunyit basah
sedikit belacan (dikisar)
sedikit daun kesum
1 sudu lada hitam (ditumbuk )
1 mangkuk air asam jawa
garam
minyak untuk menumis

Cara-caranya

Cili kering hendaklah direndam dalam air panas selama 10-15 minit, kemudian dibersihkan dan dikisar. Kemudian kisar pula Bawang merah, bawang putih dan belacan. Panas minyak dan tumis Bawang merah yang dikisar bersama bawang putih dan belacan kacau sehingga bawang kekuningan. Masukkan cili yang telah dikisar. Kacau sebentar   masukkan lada hitam, biarkan sehingga pecah minyak . Setelah pecah minyak bolehlah dimasukkan air asam jawa. Biarkan sehingga mendidih kemudian boleh la dimasukkan ikan dan daun kesum. akhir sekali perasakan dengan garam mengikut selera masing-masing. Biarkan sebentar sehingga kuah agak pekat. Masak sehingga ikan masak. Boleh le dihidangkan untuk dimakan selamat mencuba ye….



ikan kitang


ikan daun baru

 ikan kaci




2 ulasan:

  1. Kalau duduk berjiran dengan Cikgu Aisah tentu puas menumpang makan masakannya.

    BalasPadam
  2. En.Atih...tak payah nak tunggu berjiran...jika teringin datang aje le...insyaallah....

    BalasPadam