Assalammualaikum...

Syukur alhamdulliah ....
Kepada semua pembaca yang saya hormati . Jutaan terima kasih saya ucapakan pada kalian, kerana sudi melayari Laman Blog saya. Dikesempatan ini ingin saya sampaikan , bahawa blog saya adalah sekadar mengisi masa lapang dan tidaklah terlalu berbentuk ilmiah. Sekiranya terdapat kesilapan tata bahasa atau ejaan, saya dengan rasa rendah diri mohon ampun dan maaf kepada anda semua.

Selamat melayari Laman Blog saya. Jumpa lagi....

22 Disember 2011

Kongsi pengalaman fasa 5


BERCUTI DI NEGARA ORANG....

Restoran Halal Di Bandaraya Saigon

Bagi mereka yang pertama kali ke Saigon atau Ho Chi Minh City, mungkin agak sukar untuk mencari makanan halal. Ini di sebabkan Vietnam mempunyai penduduk muslim kurang daripada satu peratus. Jika kita berada di pusat bandar keadaannya tidaklah begitu sukar kerana terdapat banyak restoran halal yang diusahakan oleh muslim warga luar Vietnam bagi memenuhi permintaan pelancong dan ahli perniagaan muslim yang datang ke sana. Terdapat juga beberapa restoran halal yang diusahakan oleh sama ada oleh orang Islam Vietnam atau orang Malaysia sendiri.



Ketika Melancong ke Saigon atau Ho Chi Minh, ibu negara Vietnam, anda yang beragama islam tidak perlu lagi gusar ke sini kerana tiada makanan halal. Yang terbaru satu lagi Restoran Halal SeriPenang telah di buka di sini pada 15 mac 2011 yang lalu bagi memudahkan anda menikmati makanan halal di Vietnam.




Beselera mereka menekmati hidangan di Saigon Sri Penang ni....
Pengalaman pertama merasa 'popiah vietnam'




Cendawan goreng yang rangup

'Ear elaphant fish'
Namanya menyeramkan...tapi enak.

'Popiah vietnam'
(Nanti saya bagi resepinya ya...)



'Telur goreng dengan tahu'
memang meyelerakan



Kari ayam


Restoran ini terletak di Jalan Pham Hong Thai dan tidak jauh dari Pasar Ben Thanh yang terkenal sebagai pusat jualan kain-kain dan barang-barang kraftangan.



Tak sabar nak menjamah hidangan...
Perut dah berkeroncong....



Kari ikan


Rendang daging


Telur asin pun ada...



Sup sayur.....



Pencuci mulut 'Pengat Pisang'




Ini pula restoran kegemaran anak perempuan saya. Walaupun terletak agak jauh di District 10, tetapi agak berbaloi pergi ke sana kerana makanannya meyelerakan. Ia juga menghidangkan menu makanan Malaysia. Kalau datang ke sini, jangan lupa memesan segelas Kopi Vietnam. Pasti anda tidak dapat lupakan keenakaan rasanya. Mereka juga menghidangkan pencuci mulut 'bingka ubi' terasa lazatnya.


Apalagi, mulakan dengan doa kemudian silakan makan...
perut dah lapar ni.





Restoran Bon Mua agak terkenal kepada pelancong kerana telah lama menjalankan perniagaan dan mempunyai ruang makan yang agak luas. Terletak di Jalan Thi Sach iaitu dihujung persimpangan Jalan Dong Du.





Kasihan mereka.....lama ke tunggu !!!!!!



P/s : Jikalau kita ikut package memang makanan dah ditetapkan .Jika ada diantara pengunjung yang nak tambah makanan boleh saja.. tapi bayar kena bayar sendiri la ye, kiranya tak termasuk dalam package. Kami memesan air 'kedondong asam boi' bergelas-gelas...
Kalau makanan yang ada dalam package kita boleh tambah lagi kalau tak cukup makan. Tapi selalunya makanan yang dia bagi terlebih cukup. Kenyang sangat. Sedap pun sedap.. :) Huhu..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan