Assalammualaikum...

Syukur alhamdulliah ....
Kepada semua pembaca yang saya hormati . Jutaan terima kasih saya ucapakan pada kalian, kerana sudi melayari Laman Blog saya. Dikesempatan ini ingin saya sampaikan , bahawa blog saya adalah sekadar mengisi masa lapang dan tidaklah terlalu berbentuk ilmiah. Sekiranya terdapat kesilapan tata bahasa atau ejaan, saya dengan rasa rendah diri mohon ampun dan maaf kepada anda semua.

Selamat melayari Laman Blog saya. Jumpa lagi....

13 Disember 2011

Sekolah Kebangsaan Murni Pok, Gelang Patah

Sejarah Sekolah

Bermula pada tahun 1957 apabila Allahyarham Encik Atan bin Tendut memberikan sebidang tanah seluas satu ekar bertujuan untuk membina sekolah. Pembinaan sekolah ini telah diusahakan oleh sebuah Jawatankuasa Penubuhan sekolah dengan dipengerusikan oleh Encik Jaafar bin Haji Ali, Ketua Kampung Pok Besar ketika itu. Maka dengan ini, tertubuhlah sebuah sekolah yang diberi nama ‘ Sekolah Kebangsaan Kenangan Murni Pok’. Nama sekolah ini adalah mengambil sempena daripada hasrat penduduk Kampung Pok ini yang telah mendirikan sekolah ini dengan cara bergotong-royong dengan perasaan yang suci murni dan sekolah ini juga menjadi kenang-kenangan warisan penduduk Kampung Pok di masa hadapan. Sekolah ini juga merupakan untuk faedah penduduk Kampung Pok khasnya.

Untuk mendirikan Sekolah Kebangsaan Kenangan Murni Pok ini, semua penduduk Kampung Pok bermurah hati menderma dan wang yang dapat disumbangkan ialah sebanyak RM 1,200.00 dan daripada wang itulah telah dapat didirikan sebuah sekolah yang bertaraf sekolah rakyat

Sekolah Kebangsaan Kenangan Murni Pok didirikan di atas sebidang tanah yang luasnya kira-kira satu ekar yang telah dihadiahkan oleh Encik Atan bin Tendut (telah meninggal dunia). Beliau adalah bekas Ketua Kampung Pok Kecil.

Penduduk Kampung Pok Kecil, Pok Besar dan Paya Mengkuang, didapati mempunyai ramai anak-anak yang bersekolah. Anak-anak mereka terpaksa bersekolah di Kampung Tanjung Adang. Perjalanan dari Kampung Pok ke Tanjung Adang amatlah sukar. Oleh yang demikian penduduk Kampung Pok ini berhasrat untuk mendirikan sebuah sekolah sendiri. Sekolah ini adalah untuk memberi kemudahan kepada anak-anak penduduk kampung ini. Di samping itu, ketika itu masih ada lagi kesan-kesan darurat. Oleh itu bagi menjaga keselamatan anak-anak mereka, sebuah sekolah perlu didirikan di kampung ini.

Kira-kira pada awal September 1957, Jawatankuasa Pembinaan Sekolah bersama-sama penduduk kampung bergotong-royong membersihkan tapak bangunan sekolah. Pokok-pokok getah ditebang, mereka mengambil bahan-bahan tempatan seperti kayu-kayu hutan dan daun nipah untuk mendirikan sebuah sekolah. Bentuk sekolah ini bertiangkan kayu bulat, berdindingkan papan dan beratapkan nipah serta berlantaikan simen. Panjangnya kira-kira 60 x 20 kaki dan telah siap pada akhir bulan September 1957.

Penduduk Kampung Pok Kecil, Pok Besar dan Paya Mengkuang, didapati mempunyai ramai anak-anak yang bersekolah. Anak-anak mereka terpaksa bersekolah di Kampung Tanjung Adang. Perjalanan dari Kampung Pok ke Tanjung Adang amatlah sukar. Oleh yang demikian penduduk Kampung Pok ini berhasrat untuk mendirikan sebuah sekolah sendiri. Sekolah ini adalah untuk memberi kemudahan kepada anak-anak penduduk kampung ini. Di samping itu, ketika itu masih ada lagi kesan-kesan darurat. Oleh itu bagi menjaga keselamatan anak-anak mereka, sebuah sekolah perlu didirikan di kampung ini.

Kira-kira pada awal September 1957, Jawatankuasa Pembinaan Sekolah bersama-sama penduduk kampung bergotong-royong membersihkan tapak bangunan sekolah. Pokok-pokok getah ditebang, mereka mengambil bahan-bahan tempatan seperti kayu-kayu hutan dan daun nipah untuk mendirikan sebuah sekolah. Bentuk sekolah ini bertiangkan kayu bulat, berdindingkan papan dan beratapkan nipah serta berlantaikan simen. Panjangnya kira-kira 60 x 20 kaki dan telah siap pada akhir bulan September 1957.

Sekolah ini telah dibuat oleh tukang-tukang tempatan seperti Tuan Haji Salleh bin Ahmad, Encik Abbas bin Pengawah dan Encik Bargong bin Sarmon.Sekolah ini telah diluluskan oleh Pejabat Pelajaran Johor Bahru dalam bulan Januari 1958 dan permulaan sekolah ini dibuka pada bulan Februari 1958. Ia mula beroperasi pada 8 Februari 1958 dengan bilangan muridnya seramai 58 orang di dalam 2 kelas iaitu kelas satu dan kelas dua, guru yang bertugas pada mulanya hanya seorang sahaja iaitu Cikgu Mohd. Said bin Abdul Hamid dan kemudiannya ditambahkan dengan beberapa orang guru lagi.

Satu perubahan berlaku, iaitu pada awal tahun 1960, Jabatan Kebajikan Masyarakat Persekutuan Tanah Melayu melalui wakil rakyat Parlimen Y.B. Dato’ Sulaiman bin Haji Abdul Rahman telah meluluskan peruntukan sebanyak RM 3,000.00 untuk mendirikan bangunan baru bagi menggantikan bangunan lama. Bangunan ini berukuran 100’ x 20’. Bangunan ini berdindingkan papan dan beratapkan zink.Guru Besar pada masa itu ialah Encik Mohammad Amin bin Idris. Pada masa tahun 60an, murid sekolah itu telah bertambah daripada asalnya 58 orang kepada lebih daripada 120 orang murid.

Kemudian, bantuan yang tidak pernah putus itu datang sekali lagi pada tahun 1969. Kali ini melibatkan Kementerian Pelajaran melalui Jabatan Pelajaran Negeri Johor telah meluluskan peruntukan kewangan sebanyak RM 84,000.00 dan dengan wang peruntukan tersebutlah didirikan sebuah bangunan baru 2 tingkat dan bangunan inilah yang terdiri sehingga kini. Dengan adanya bangunan baru ini, ia dapat menampung lagi murid-murid dari masa ke semasa. Walaupun telah ada bangunan ini tetapi masih ada kekurangannya dan pada tahun 1983 sekali lagi melalui Jabatan Pendidikan Negeri Johor telah memberikan peruntukan wang sebnayak RM 120,000.00 untuk mendirikan sebuah bangunan tambahan iaitu bangunan kantin sekolah ini.

Dalam tahun 1989 pula, sekolah ini mendapat bangunan dari projek baru iaitu sebuah bangunan Pusat Sumber berjumlah lebih kurang RM 80,000.00 dan sebuah bangunan lagi mengandungi 4 bilik darjah dalam skim projek gotong-rotong dengan peruntukkannya sebanyak RM 50,000.00. Kedua-dua projek ini bermula dalam bulan Ogos 1989.

Sekolah ini nampaknya kecil tetapi ia telah melahirkan beberapa orang pelajar yang berjaya ke pusat-pusat pengajian tinggi (Universiti) yang menjadi kebanggaan kepada gur-guru dan penduduk-penduduk kampung ini dan menjadi sumber inspirasi kepada pelajar-pelajar di sekolah ini di masa akan datang.


(Info ini saya petik dari Profail Sekolah Kebangsaan Murni Pok)

Catatan:


Di sekolah ini lah saya belajar dari darjah satu 1960 hingga darjah enam 1966...

12 Disember 2011

PULUT PAUH ::

PULUT PAUH ::



Bahan-bahan:
360gm beras pulut
375ml santan
120gm gula
½ sudu teh garam
600gm mangga masak
1 sudu makan bijan

Cara memasak:
1. Cuci beras pulut dan rendam semalaman. Toskan.
2. Selepas itu masukkan ke dalam pengukus dan kukus sehingga masak.
3. Sementara itu didihkan santan di dalam periuk. Masukkan gula dan garam secukup rasa. Gaul rata hingga sebati dan mendidih. Angkat.
4. Hidangkan santan tadi bersama mangga yang telah dipotong dan pulut. Sebelum itu taburkan bijan di atas pulut.
5. Sedia dinikmati.

(Pencuci mulut ini terkenal diutara semenanjung)...Sedap sesiapa yang menggemari pulut....

11 Disember 2011

BERCUTI FASA KE 111,.........

Cuti Sekolah Musim ini....

Cuti sekolah masih belum berakhir selagi itu percutian mesti diteruskan....Menafaatkan cuti ini sepenuhnya.....
Fasa kali ini ialah ke Kuala Lumpur ibu negara Malaysia. Cuma kali ini kami tidak berpeluang bercuti agak lama kerana kesuntukkan masa....Kami hanya sempat sekejap saja dan tidak berkesempatan untuk menziarahi keluarga terdekat. Kebiasaannya kami akan bermalam di rumah anak buah kami yang tinggal di Kuala Lumpur. Maaf lah pada cucu-cucu nenek, nenek tak sempat nak singgah di rumah kalian.....




Selesa juga bermalam di sini...

Makan malam di sini.....


Hidangan 'Pulut Mangga @ Pulut Pauh' yang menyelerakan....




Bubur 'Longcong'
(tempat kita dikenali dengan nama bubur 'caca' juga menyelerakan...
makin bertambah berat badan...



'Ikan Pek Khap Krao' boleh tahan pedasnya....
naik ke telinga...







'Tom Yam'


Sotong goreng celup tepung...

Kailan goreng...





Sarapan pagi di sini....



Di sini pun ada rojak singapura....




'Tosai'






Terlanjur kami ke Kuala Lumpur sempatlah kami ke Klang untuk menemani anak perempuan saya untuk mengambil sijil SPMnya di Kolej Alam Shah (KISAS)




Kolej yang menjadi idaman pelajar..



















Keindahan Putra Jaya
Lambang kemegahan negara Malaysia....





ALAHAI SI BINJAI


Binjai,

Nama saintifiknya ialah Mangifera caesia merupakan spesies tumbuhan berbunga dalam keluarga, Anacardiaceae. Binjai tergolong dalam genus yang sama dengan mangga dan ditanam di Malaysia, Indonesia, Singapura, Brunei, Papua New Guinea, Kerala dan Filipina. Pokok binjai dapat membesar sehingga 30 m (100 ft) tinggi. Bunganya berwarna ungu atau merah jambu, 0.7 cm panjang dengan lima sepal. Buahnya besar, boleh dimakan dan berbentuk elips (bulat bujur) 10-15 cm (4-6 in) panjang dan 6-8 cm (2-3 in) lebar. Kulit buahnya nipis dan berwarna perang dengan tompok gelap, dan isinya putih kekuningan, lembut, dan berbau kuat dengan rasa masam manis atau masam.


Di kampong saya buah binjai juga di kenali dengan nama buah 'Kemang'......
Ada buah kemang yang masam dan juga yang manis,yang manis sedap di makan begitu saja seperti makan buah mangga....yang masam sedap dibuat sambal belacan.....


Resepi Sambal Belacan Buah Binjai

Semua ni main lebur aje...tak pakai sukat... So agak2ler yer
Bahan2nya :-
Lada merah segar dibuang biji cuci dan toskan
Belacan digoreng dengan sedikit minyak jelantah
Sebiji buah binjai masak
Lada ditumbuk lumat dan masukkan belacan dan akhir sekali buah binjai. jika suka boleh dibubuh gula sedikit.


Makan dengan nasi putih dan ikan keringpun sedapppp

Mertua lalu di belakang pun tak nampak....

Selamat mencuba....


10 Disember 2011

Bercuti Fasa ke 11

Balik Kampung.......Kampung Pok Besar, Gelang Patah, Johor.

Bercuti fasa 1 saya pulang ke tanah air di Kota Singa tempat saya di lahir kan.
Kali ini pula saya berpeluang bercuti di kampong halaman tempat saya di besarkan. Sungguh indah bila mengenangkan zaman kanak-kanak dahulu......Tidak pernah kenal erti susah....sentiasa bergembira bersama rakan-rakan......Sungai lah jadi sasarannya....Ketika itu kami tak pernah kenal 'IT ' seperti kanak-kanak ketika ini (asyik melayari internet saban masa).


Di sungai ini lah tempat saya dan rakan -rakan berkubang hingga pandai berenang.....


Sungai semasa air pasang

Rumah peninggalan nenek dan bapa saudara ku (Pak Itam)....
Rumah di mana saya di besarkan....

Air surut...

Di tepi sungai sudah di tambak dengan guni pasir untuk mengelakkan tebing sungai runtuh...


Salah satu bot nelayan..



Di kampong kami terkenal dengan masakan 'Botok-Botok'.....Mejoriti penduduknya ialah kaum nelayan. Tidak hairan lah jika di sini terdapat ikan segar yang baru di jaring dari laut. Masakan di kampong ini kebiasaannya berasaskan ikan. Salah satu masakan yang terkenal di sini ialah 'Botok-Botok'. Untuk memudahkan kita membuat botok-botok disekeliling rumah kami di tanam dengan pelbagai sayuran untuk membuat Botok-Botok...

Kita kongsi bersama untuk membuat botok-botok...

Bahan-bahan ( 4 bungkus )

  • 4 keping ikan tenggiri - dibersihkan
  • 500 g rempah kari daging/ikan
  • 12 batang serai*
  • 1 ibu jari halia*
  • 1 ibu jari lengkuas*
  • 4 biji bawang besar*
  • 1 biji kelapa parut - dijadikan kerisik
  • 3 cawan santan pekat
  • 1/2 cawan air asam jawa pekat
  • garam,gula,perasa secukup rasa
  • 4 helai daun kunyit - dihiris halus
  • 8 tangkai daun selasih
  • 8 tangkai pucuk daun teh
  • 8 helai pucuk mengkudu
  • 8 helai pucuk ubi
  • 12 helai daun belinjau
  • 12 helai daun berbuas
  • 8 helai pucuk semangkok
  • secukup daun pisang untuk membungkus

Cara-cara

  1. Kisar bahan2 bertanda * dan campurkan bersama rempah,garam,gula, perasa,air asam,santan dan kerisik,gaul hingga rata.
  2. Pucuk2 hendaklah dibersihkan dan dibahagi 4 utk 4 keping ikan.
  3. Ambil sekeping daun pisang,bubuh 1/2 bahgian pucuk2 dr 1 bahagian,bubuh 1 keping ikan dan ditutup dgn 1/2 bhgian pucuk dan rempah.Bungkus daun pisang berisi ikan seperti membungkus tapai.Buat hingga habis.
  4. Kukus selama 1 jam atau hingga botok2 masak.
Mak Itam (ibu saudaraku) asyik memetik hasil tanamannya...

Seronok memetik ulam-ulaman ni....





Daun bebuas



Pucuk manis

Daun kesum

Daun selasih



Daun mengkudu

Serai

Daun semangkuk

Pokok Puding Teh

Selamat mencuba.....menyelerakan di samping melawaskan perut....



Selain pokok ulaman pelbagai jenis tanaman lain turut di tanam di kediaman kami ...
di antaranya ialah.....



Pokok keladi

Cili api

Buah jering

Buah langsat

Buah binjai..

Buah markisa


Petai.

Terung..


Kalau ada sumur di ladang
Boleh tuan menumpang mandi
Jika tuan puan ada kelapangan
Sudikan lah berkunjung ke teratak kami....