Assalammualaikum...

Syukur alhamdulliah ....
Kepada semua pembaca yang saya hormati . Jutaan terima kasih saya ucapakan pada kalian, kerana sudi melayari Laman Blog saya. Dikesempatan ini ingin saya sampaikan , bahawa blog saya adalah sekadar mengisi masa lapang dan tidaklah terlalu berbentuk ilmiah. Sekiranya terdapat kesilapan tata bahasa atau ejaan, saya dengan rasa rendah diri mohon ampun dan maaf kepada anda semua.

Selamat melayari Laman Blog saya. Jumpa lagi....

23 Disember 2011

Kongsi pengalaman fasa 6

BERCUTI DI NEGARA ORANG....

POPIAH VIETNAM

POPIAH

Sebut saja popiah, semua orang tahu. Ada yang suka popiah goreng, ada yang menggemari popiah basah. Tidak kurang juga popiah vietnam yang eksotik tapi menyelerakan dan berkhasiat.

Bahan-bahan ( 2 orang )
  • 4 helai daun salad
  • 1 tangkai daun selasih
  • 1 tangkai daun pudina
  • 1 ekor ikan goreng (ikan kerisi pun boleh) ambil isinya
  • 1 biji timun - potong nipis-nipis
  • 4 helai kertas beras Rice Paper


Cara-cara

Ambilkan 1 helai kertas beras (Rice paper) dan letakkan diatas pinggan leper besar atau dulang. Semburkan sedikit air dengan setelah lembut (rice paper ini keras dan nipis mungkin ada dijual di pasaraya) kita letakkan sekeping daun salad daun selasih,isi ikan goreng dan sedikit mi vietnam (bihun pun boleh),

Kemudian, kita gulungkannya macam kita membuat popiah biasa.


BAHAN SOS CILI :-)

5 biji cili merah 3 ulas bawang putih 3 camca besar sos ikan 1 1/2 cawan gula pasir (agak2) 1/2 cawan cuka makan


Cara Membuatnya
Cili merah dan bawang putih ditumbuk kasar-kasar. Campurkan gula, cuka dan sos ikan( nampla). Kacau rata-rata dan sesuaikan rasa


Popiah yang sudah siap digulung dan boleh di makan
(Popiah ini saya yang gulungkan ..cantik tak)


kulit popiah 'paper rice' (bukan kulit popiah biasa)


Ulam-ulaman (termasuklah daun selasih )



Penyediaan kulit popiah (gadis vietnam)
(Campuran tepung beras dan tepung ubi)
Penyediaannya macam kita buat 'opak-opak ubi'
(Orang Johor tau opak-opak)


Kulit popiah yang dikeringkan
(Serupa kita menjemur opak-opak ubi)



ulam-ulaman

Sos lada


Ikan goreng



Kulit popiah ( Paper rice) ...keras macam plastik

mi vietnam

Satu lagi resepi popiah vietnam....

POPIAH VIETNAM

Rice paper secukupnya (boleh didapati dipasaraya)
Air suam Disediakan berasingan Udang hidup, buangkan kulitnya dan direbus Suhun, direbus hingga lembut dan toskan Daun salad Telur, dibuat telur dadar dan dihiris nipis Timun, dibuang empulur dan disagat halus Sengkuang, dikupas dan disagat halus Lobak merah, disagat halus Daun selasih secukupnya, ambil daunnya sehelai-sehelai

Cara Menyediakannya

Celupkan rice paper ke dalam air suam, bentangkan ke atas papan pemotong (boleh digunakan pinggan leper). Letakkan sekeping daun salad ke atasnya, diikuti daun selasih, seekor udang rebus, sedikit hirisan telur dadar, suhun, timun, sengkuang dan lobak merah. Gulung ketat2. Buat sehingga habis. Sedia untuk dihidangkan dengan sos.

Bahan-bahan sos
10 biji cili padi 1 labu bawang putih Gula dan cuka secukup rasa Garam secuku rasa / Sos nampla secukup kegunaan (jika suka) Kacang tumbuk, jika suka

Cara Membuatnya

Cili padi dan bawang putih ditumbuk kasar-kasar. Campurkan gula, cuka dan sos nampla. Kacau rata-rata dan sesuaikan rasa. Jika suka, boleh ditaburkan kacang tumbuk.


Selamat mencuba......


Tiada ulasan:

Catat Ulasan