Ubi Kayu le pulak....
Assalammualaikum, jika semalam kat entry saya ni saya bercerita tentan rebung madu. Hari ini pulak saya nak bercerita tentang ubi kayu...
Bila teringat ubi kayu saya pasti terkenang zaman silam saya di zaman kanak-kanak. Saya di besarkan di kampong dan tinggal bersama arwah nenek dan arwah bapa saudara . Ubi kayu adalah sejenis makanan yang sering kami makan. Lebih-lebih di waktu hujan cuaca lembab. Arwah nenek saya akan merebus ubi kayu. Beliau akan menumbuk sambal belacan cili kering dan membakar ikan tamban kering (ikan kering buat sendiri). Waduh... masa tu saya terasa nekmatnya si ubi kayu dicicah dengan sambal belacan pedas berulamkan air kopi panas.... Berpeluh-peluh walaupun tika itu cuaca amat dingin....
Zaman kini semuanya sudah berubah...Ada segelintir kanak-kanak malah orang dewasa pun sudah tidak mengenali si ubi kayu. Malah lebih mengenali dengan kentang wedges, kentang goreng dan beraneka makanan segera. Kita tidak boleh menyalahi sesiapa dalam hal ini. Itu lah putaran alam maju dan terus maju.
Ini lah dia si Ubi Kayu
Ubi kayu biasanya ditanam dengan keratan batang yang dicucuk ke dalam tanah. Ubi kayu senang ditanam dan akan menghasilkan akar pada bahagian batang yang dikambus dalam masa beberapa hari sahaja selepas ditanam. Hujung keratan yang terbenam dalam tanah akan mula menghasilkan banyak akar antara dua hingga empat bulan selepas ditanam dan akar ini pula akan menghasilkan ubi. Ubi kayu biasanya dituai antara sembilan hingga 12 bulan
Sebenarnya daripada ubi kayu kita boleh menghasilkan pelbagai makanan, seperti kerepek, kerepek pedas, serta pelbagai jenis kuih muih:-
Ubi rebus cicah sambal tumis atau kelapa muda campur gula....
Dah moden sikit... dah boleh buat kek...
Pengat Ubi
Talam ubi
Tapai ubi
Ubi goreng
Kerepek ubi pedas
Kerepek ubi
Jika nak resepi insyaallah PM saya ya....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan