Assalammualaikum...

Syukur alhamdulliah ....
Kepada semua pembaca yang saya hormati . Jutaan terima kasih saya ucapakan pada kalian, kerana sudi melayari Laman Blog saya. Dikesempatan ini ingin saya sampaikan , bahawa blog saya adalah sekadar mengisi masa lapang dan tidaklah terlalu berbentuk ilmiah. Sekiranya terdapat kesilapan tata bahasa atau ejaan, saya dengan rasa rendah diri mohon ampun dan maaf kepada anda semua.

Selamat melayari Laman Blog saya. Jumpa lagi....

16 Disember 2011

Rajin-rajin ke dapur...


Ayam Lemak Cili Api (Cara saya)....

Bahan - bahan:
1ekor ayam (tos selepas dibersihkan) 2 batang serai (diketuk) Kunyit hidup (sebesar ibu jari - ditumbuk) 20 tangkai Cili padi (ditumbuk) 4 biji tomato- dipotong tak terlalu nipis Asam keping Daun kunyit Santan

Cara - cara:
1. Kisar cili padi dan kunyit hidup hingga halus. 2. Masukkan ayam dalam kuali -
keringkan airnya.
Kalau nak tau air ayam tu kering ke tak, ayam tu dah tak nampak macam
daging mentah
,dah jadi warna putih-putih gitu.
3. Masukkan serai dititik, dan cili padi + kunyit hidup yang dah dikisar serta asam keping.

4. Masukkan santan
5. Api kecik je tau dan masaklah hingga masak....


Cili api


Kunyit basah


Cili api dan kunyit yang dikisar

Ayam yang di keringkan airnya, warnanya keputihan.




Asam keping /gelugur


Serai

Santan

Tomato segar


Lemak cili api hampir siap




Sudah siap.....
Dah boleh makan.

Catatan: Jikalau mencuba tapi tak sedap jangan marah...
Maaf juga kalau ejaan salah...

3 ulasan:

  1. wah…ada resipi skrg…best la…nasib cikgu aishah tak suruh agak agak bahan bahannya…. ada sukatan lagi …senanglah nak mencuba. Tq…nanti boleh cuba. :))

    BalasPadam
  2. selamat bercuti juga diucapkan…ambil gambar byk byk n jangan lupa upload dgn cerita yg menarik sekali pengalaman bercuti nanti.

    BalasPadam
  3. Insyallah , nanti jika ada kelapangan akak bagi satu dua respi masakan Vietnam....

    BalasPadam